Jumaat, 31 Disember 2010

Bekas Pelajar Falahiah Bantah Kemasukan Pelajar Perempuan


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Kelantan, membantah kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, pihak yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Bekas Pelajar (Bantah) mendakwa, keputusan pengurusan pihak sekolah tersebut adalah tidak relevan, sekaligus memecah tradisi dan jati diri sekolah itu yang sebelum ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Falahiah adalah sebuah sekolah ditubuhkan sejak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978.

Ianya sebuah sekolah harian berasrama di Kelantan yang terkenal dengan tradisi kecemerlangannya sebagai sekolah khusus pelajar lelaki di negeri itu.

Difahamkan, keputusan sekolah memasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu disebabkan prestasi akademik pelajar yang didakwa jatuh teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun bagi Bantah, mereka menolak alasan itu dan menganggap ianya satu alasan yang melucukan kerana cuba menjadikan pendidikan sebagai 'tikus putih' tanpa kajian terperinci.

"Pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

"Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah," kata mereka.

Dalam kenyataan yang turut disiar pada laman Facebook Falahians Bantah, mereka mendakwa keputusan itu juga dibuat secara tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan dari semua pihak dan tanpa persediaan kajian yang terperinci.

Ianya termasuk mengenepikan perbincangan dengan pihak Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga tidak mendapat sokongan dari kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu.

"Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja.

"Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif," kenyataan itu dipetik.

Difahamkan, kebanyakan guru tidak sependapat dalam hal ini namun hanya melahirkan protes secara diam.

Ini kerana pandangan mereka didakwa telah dikesampingkan dalam beberpa isu sebelum ini.

"Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah," kata kenyataan itu lagi.

Menurut mereka, keputusan itu juga dibuat ketika ketiadaan beberapa individu utama pengurusan sekolah, dan kini apa yang menjadi tanda tanya adalah berhubung agenda sebenar individu di sebalik keputusan itu.

"Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, turut dipertikaikan adalah kesediaan infrastruktur sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu termasuk padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan.

Namun apa yang lebih dibimbangi, adalah masalah sosial yang akan berlaku di kalangan pelajar apabila keputusan ini dilaksanakan kelak.

Harakahdaily turut difahamkan, beberapa kain rentang membantah keputusan sekolah itu juga telah dinaikkan di beberapa tempat tumpuan di sekitar sekolah namun ianya telah dibuang oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun pihak Bantah mendakwa akan terus memperhebatkan bantahan mereka melalui kenyataan kepada media, internet, Facebook dan pengedaran risalah.

Pihak pentadbiran sekolah ketika dihubungi pula mendakwa segala tindakan dan fakta bantahan yang dikemukan kumpulan bekas pelajar itu hanya fitnah.

Bagaimanapun, mereka mengakui akan berlaku kemasukan sekurang-kurangnya 100 pelajar perempuan tingkatan satu dan empat pada sesi persekolahan Januari nanti.

Bekas pelajar bantah kemasukan pelajar perempuan
Harakahdaily   

Khamis, 30 Disember 2010

Laman Rasmi GAMIS Pusat: XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011





XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)

Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya


SEMUA MAHASISWA SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Laman Rasmi GAMIS Pusat: XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011

Jumaat, 24 Disember 2010

ERTI 1 TANGISAN



“ Afiq, anta menangis? Nape anta menangis? Cam anak manja je, mudah menangis. Tak padan ngan tubuh besar menangis.” Kata Faizal sambil mengejek Afiq yang sedang menangis.

“ Ana bukan menagis kerna sakit kena pukul macam budak-budak yang anta maksudkan tu, tapi ana menangis kerana hati ana terpukul dengan sahabat kita yang tidak memberitahu ana tentang kegagalan dia dalam Exam Final dia, yang menyebabkan dia dibuang Universiti” luah Afiq dengan suara yang begitu hiba..

“ Ana juga turut bersedih dengan ujian yang dia hadapi. Dalam tahun ni begitu banyak ujian yang Allah berikan pada dia, sehingga lah dia di buang Universiti. Ana terkilan juga dengan dia, kerana tidak memberitahu ana. Ana tahu dia malu, tapi masalah macam ni kita mestilah berkongsi bersama, ini fungsi kita bersahabat. Susah sama susah, senang sama senang” makin pangjang luahan dia.

Antara dialog lain sal menangis:
“ ah buat ape menangis? Malu la kalau menangis, tak macho la”

Aisyah, kenapa ko menangis? "Aku rindu kat pak we aku la. dah seminggu aku tak jumpa dia."

Farid, kenapa mung tiyok (menangis)? "Aku tiyok sebab aku buleh mumtaz dalam pekso baru nih. mesti mok aku suko.."

Nape hang nangis? "Aku teringat kat sahabt kita yang duk jordan tu, lama tak jumpa ngan dia, dia balik baru pun aku tak sempat jumpa."

Haikal kenapa ko nangis? Aku sakitkan hati mak aku semalam. rasa bersalah la plak. kesian mak aku."

Kenapa Ayah Chik menangis? banyak program semalam, Ayah Chik tido lambat, Ayah Chik tak terbangun solat tahajud semalam"


Ibnu Qayyim berkata terdapat 10 Jenis Tangisan. Iaitu :

  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


53:43



"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm:43
)




Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata  dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa  mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.

Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu  manisdan pohon bunga cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum akan air  mata Adam lalu berkata,

"Manis sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan  tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

 "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tidak di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai  cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang  membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.


Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat  bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah kita lakukan, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan atau menghitamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"?? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a

Aku akan  menangis atas 3 perkara:

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil
   
datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.




Air mata tanda rahmat Tuhan:

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,  dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."


Khamis, 23 Disember 2010

APA NILAI JIKA TAK SOLAT


Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript dibawah. Amin...



 
Seorang nasrani berkata, 

" saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi." 

Seorang majusi pula berkata, 

"saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir" 


* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...

Seorang kafir pula berkata, 

"saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, 

" saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...

Babi pula berkata, 

"saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat."

     
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman...

adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?


Sesungguhnya mati itu adalah benar,
azab neraka itu adalah benar,
dan syurga itu adalah benar...


Burung ape itu? "BURUNG GAGAK"



Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbincang-bincang di halaman sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak Sambil bertanya,

"Nak, apakah benda itu?" "Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi pertanyaan yang sama. Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,

"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soal yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit bingung dengan persoalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat,

"BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi sang ayah mengajukan pertanyaan yang serupa hingga membuat si anak hilang kesabaran dan menjawab dengan nada yang kesal kepada si ayah,

"Gagak lah ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, karena si ayah sekali lagi membuka Mulut hanya untuk bertanya soal yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu ayah paham atau tidak... Tapi sudah lima kali ayah bertanya soal hal tersebut dan saya sudahjuga memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mau saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak ayah.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang kebingungan. Sesaat kemudian si ayah keluar lagi dengan sesuatu ditangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. diperlihatkannya sebuah Diary lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam Diary itu", pinta si ayah.

Si anak setuju danmembaca paragraf yang berikut..........

"Hari ini aku di halaman melayan karena anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya,

"Ayah, apa itu?". Dan aku menjawab, "burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soal yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangnya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap hal ini menjadi suatu pendidikan yang berharga.

Setelah selesai membaca paragraf tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara,

"Hari ini ayah baru bertanya kepadamu soal yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."


"Jagalah Hati Kedua Orang Tuamu, Hormatilah Mereka. Sayangilah Mereka

Sebagaimana Mereka Menyayangimu Diwaktu Kecil"


MUTIARA KATA.

Kemuliaan diri adalah kerana kejujuran, keikhlasan dan sifat suka kepada orang lain. Keangkuhan adalah celaka yang besar buat diri seseorang itu. Tanggungjawab yang kecil untuk kita ialah menjaga, sifat kita yang angkuh dan bongkak. Tanggungjawab yang besar untuk kita ialah, sentiasa TERSENYUM walaupun kita dihina.


Ahad, 19 Disember 2010

Wasiat Abbas kepada anaknya Abdullah mengenai rahsia.


Wasiat Abbas kepada anaknya Abdullah mengenai rahsia.

Sabda Rsulullah s.a.w bermaksud: “ Apabila datang seorang bercakap sesuatu perkara, setelah orang itu beredar maka perkara yang dicakapkan itu menjadi amanah.”

Amanah itu bererti wajib dijaga dengan sempurna. Hanya perkara yang baik sahaja boleh diceritakan kepada pihak lain, supaya perkara makruf itu kian tersebar serta menaikkan nama baiknya di pandangan masyarakat.

Semetara perkara yang buruk wajib ditutup dan melindungi daripada diketahui umum sebagai amanah.

Dengan cara itu keaibannya tidak diketahui umum dan keburukan tersekat daripada merebak.

Adapun orang yang duduk semajlis dengan kita adalah amanah, semestinya banyak perkara dan hal ehwal peribadinya yang diketahui mengenai kawan semajlis itu.

Justeru mengenai perkara buruk itu mesti dijaga sepenuhnya, melindungi ehwal kawan semajlis hendaklah berlaku secara timbal balik antara mereka.

Seseorang ditanya; bagamanakah menjaga rahsia seseorang sedangkan tidak pernah didengar cerita buruk terbit dari lisannya? Orang itu menjawab: “ Sesungguhnya dadaku adalah kubur bagi rahsia seseorang.”
Seperti kita maklum kubur tidak pernah memuntahkan mayat yang bersemadi didalamnya. Begitu juga apabila seseorang bercakap pelbagai perkara kepadanya.

Hakikatnya dia datang hendak semadikan rahsia diri terkubur rapi di dadanya. Rahsianya pohon dilindungi.

Kerana dia yakin bahawa sahabatnya adalah bilik kebal yang selamat bagi menyimpan rahsianya, sesungguhnya dada bagi orang baik-baik adalah kubur yang selamat bagi segala rahsia.

Untuk mengenali baik buruk seseorang itu, ialah sama ada rahsia kawannya tersimpan rapi atau terbongkar bersepah merata melalui lisannya.

Berkata Saiyidina Abbas kepada Abdullah anaknya: “ Sesungguhnya telah kuperhatikan bahawa Sayidina Umar dalam majlis besar apabila hendak meminta pendapat, seringkali dia mendapatkan kamu lebih dahulu. Oleh itu aku hendak berpesan liama perkara kepadamu:

Pertama, jagan buka rahsia ketua(Umar), kedua apabila berada dimajlisnya jangan sesekali bercerita tentang keburukan orang lain. Ketiga, jangan diketahui yang emgkau pernah berdusta walaupun kepada orang lain. Keempat, jangan sesekali derhaka kepada perintahnya. Kelima, jangan sampai dia tahu yang kamu khianat.”
Seorang alim besar bernama sya’bi ketika mengulas nasihat abbas kepada Abdullah itu, bahawa setiap perkara yang dipesan itu layak di bayar seribu dinar, kerana inilah pesanan yang boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.

Separuh daripada tanggungjawab lidah adalah senyap daripada bertengkar dan bertelagah di setiap perkara diucap oleh kawanmu, ertinya jangan cepat mencelah dan mengangu orang yang sedang bercakap.

Abdullah bin abbas r.a. berkata: “Kamu jangan berbincang dengan orang bodoh(safih), kerana dia hanya akan menyusahkan kamu, apa yang kita kata walaupun baik tidak akan didengarnya, kerana dia tiada kemahiran dalam menilai perkara baik lantaran kesafihannya.

Jangan berbalah dengan orang yang perangai dan tutur kata lemah lembut (halim), kerana dia pun akan marah juga.

Akibatnya akan merugikan kerana kehilangan seorang halim yang sepatutnya menjadi sahabat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “ Sesiapa yang tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna (mubtilun), di akhirat kelak Allah SWT peruntukan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga. Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya dipihak yang benar (muhiqqun), Allah SWT cadangkan baginya sebuah mahligai di bahagian atas syurga.”


Pengajaran mustahak daripada hadis tersebut ialah supaya kita menghindari perbalahan dan pertengkaran. Sebaliknya dianjurkan supaya bersoal jawab sebagai bertukar fikiran dan nasihat, seseorang mengatakan pendapatnya untuk kebaikan bersama.

Tetapi berbatah dan bertegang urat kerana menegakkan benang yang basah, jelas ia tidak disetujui oleh agama. Kerana asas perbalahan ialah meperlekehkan pendapat orang lain disamping hendak menaikkan dirinya.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Meninggalkan perbalahan dalam situasi sedar diri salah (mubtilun) adalah wajib. Allah SWT menjadikan syurga baginya.”


Apabila seseorang sedar dirinya di pihak yang salah, langkah bijak yang perlu diambil ialah senyap untuk elak daripada perbalahan. Sikap tersebut amat terpuji hingga Allah SWT menjanjikan syurga untuknya.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Sesiapa yang mengelak daripada perbalahan sedangkan dirinya dipihak yang benar. Semestinya derita jiwanya lebih parah daripada berdiam diri atas perkara yang salah. Untuknya dibinakan mahligai di puncak syurga.”


Sesungguhnya terlalu menderita jiwa orang yang menahan lidah kerana mengelak daripada perbalahan dan pertengkaran, sedangkan dia di pihak yang benar dan mampu berdebat dengan mengemukan hujah dan dalil.
Justeru beban derita jiwa yang ditanggung itu tidak sia-sia, mampu mengelak daripada berbalah dianggap berjaya menahan sesuatu, meskipun jiwanya parah demi mentaati larangan Allah SWT.

Sebagai imbalan atas kejayaan itu, anugerah Allah SWT iaitu pahala yang banyak dan mahligai mewah dipuncak syurga sedia menantinya diakhirat kelak. Oleh itu elak daripada perbalahan, digalak pula memberi nasihat dengan hujah dan dalil.






sumber

mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes