Selasa, 30 November 2010

COUPLE YANG HALAL !!


mari kita renungi cara islam yang halal untuk bercouple.!!!

-rasanya semua kita pastinya bercinta dengan orang yang kita suka,apatah lagi dah nama nya pun menyintai,rata-rata kita tentunya mahu menyintai dan memiliki kan?

-maka jika dah memang kita yakin si dia adalah orangnya untuk kita,apa tunggu lagi?’couple’ lah!! Islam tidak pernah menghalang cinta. Cuba fikir logik,jika dah ibadat kita pun lain dengan ibadat agama lain,maka islam yang kita yakini sebagai cara hidup kita pun ada couple cara islam yang sudah tentunya berbeza ngan couple agama lain/fahaman orang yang tak beragama..ye dak?logik kan?

- jadi,bagaimanakah couple yang halal dalam islam?nama islamik bagi ‘couple’ halal ialah nikah khitbah,dalam bahasa kita ianya dipanggil nikah gantung (lebih baik guna nama islamik ye dak? bunyi pun sedap sikit)

- kat sini saya kuarkan ‘point-point’ yg diutarakan oleh penulis asal artikel berkenaan ‘coupling’ halal atau bahasa islamik nya "nikah khitbah"

antara petikan artikel asal :

1) “Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.”

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

2)” Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.”

3) “Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.”

4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.”

- haa..amacam?praktikal tak islam?ke malu dapat status "married" dalam usia muda?adakah
malu buat yang halal tapi tak malu berdua-duan secara haram yang memang memungkinkan
segala pekara tak senonoh terjadi atau timbul fitnah?

- nikah khitbah..bukan sahaja solusi kepada belia islam yang mahu ber’couple’ tapi juga adalah
tanda/bukti yang si dia yang menyatakan cinta pada kita tu tak menipu,sanggup bertanggung
jawab(bagi perempuan la)

- lagi satu,kalau isu dapat anak timbul..aik?bukankah kita selalu ‘claim’ yang kita ni dah maju..kan banyak caranya untuk elakkan kehamilan.

-ni ada ayat ‘favourite’ – “World,world juga,akhirat jangan lupa!”.Haa..siapa kata bila amal islam maka akan kacau hal dunia?Ber’couple’ lah sambil mendapat redha ALLAH


http://ibnu-nordin.blogspot.com/

Ahad, 28 November 2010

BUAT ADAM

gambar hiasan




Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.


Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam, 
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. 


Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.





Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

Selasa, 23 November 2010

MUSLIMAT KAH ITU??


Kelmarin aku temankan ma ke kedainya di MPKB sambil nak berkungjung ke EXPO Cheng HO.  Semasa pulang aku berjalan bersama dengan ibuku ke stesen bas Kota Bharu dan menuju ke platform bas ke Pasir puteh. Jam di tangan baru pukul lima. Bas ke Pasir Puteh sudah tiba, tapi pintunya belum dibuka, dan drebar bas juga tidak kelihatan. 

Aku menunggu sambil melihat suasana di sekitar stesen bas itu. Agak sibuk juga, kelihatan kereta bersimpang siur, orang ramai berjalan menuju destinasi masing-masing, tidak kira tua, atau muda. Boleh kata semua peringkat umur ada di stesan bas itu. Namun apa yang menarik perhatianku hari ini ialah, biah atau suasana islam yang wujud di Kota Bharu, sesuai dengan namanya Kota Bharu Bandaraya Islam. Boleh dikatakan majority kaum lelaki berkopiah dan berpakaian sopan dan kaum wanita dengan pakaian yang menutup aurat dengan baik. Hari ni aku tengok ramai yang berjubah, bertudung bulat, berstoking dan ada juga yang berniqab.

 Alhamdulillah dari segi pemakaian boleh dipuji walaupun ada segelintir yang tidak menutup aurat dengan baik, pakai baju ketat dan sendat, menampakkan dua gunungnya yang mereka banggakan (agaknya mereka bangga, sebabtu suka menunjukkan kat orang) maaf kalu terkasar bahasa. Semoga mereka mendapat hidayah dari ALLAH.
Namun ada lagi yang begitu menarik perhatian aku dan agak mendebarkan jiwa seorang lelaki gak. Adalah sekumpulan muslimat yang berpakaian serba hitam dan berniqab hitam yang sedang duduk di bangku menunggu di plat form ke pasir puteh. Hatiku berdetik mungking mereka ingin menaiki bas ke Pasir Puteh gak kot. 

Pintu bas terbuka dan semua penumpang yang mahu ke Pasir Puteh bergegas menaiki bas. Agak ramai jugak. Perkara yang paling aku pantang ialah berebut time nak masuk bas. Fuh paling aku tak suka. Aku membelakangkan diriku membenarkan penumpang lain untuk masuk. Apabila aku masuk, Alhamdulillah ibuku menandakan aku tempat duduk untukku disebelahnya agak kebelakang. Dan sempat juga mata memadang sekumpulan muslimat tadi. Mereka juga memperoleh tempat duduk. Selepas beberapa minit, masuklah dua orang mak cik tua, malangnya semua tempat duduk sudah penuh, aku ingin membenarkannya duduk sebelah ibuku, malangnya aku terlalu jauh dibelakang dan ada dua tiga orang lelaki muda berdiri disebelahku, menghalang untukku bangun. 

Aku berharap ada yang bersimpati untuk membenarkan mak cik-makcik tu duduk. Bas mula bergerak perlahan-lahan dan aku lihat mak cik tu masih lagi berdiri, dan mak cik tu berdiri di tepi budak-budak muslimat yang berpakaian serba hitam dan berniqab tu. Otakku ligat berfikir, mengapa mereka tidak memberi laluan dan membenarkan kepada mak cik yang sudah tua itu untuk duduk di tempatnya. Sedangkan mereka masih muda lagi dan kuat.

 Timbul rasa serba salah dalam diriku kerana tak dapat menolong mak cik tu. Malangnya nasib mak cik tu tak dapat duduk. Mengapa mereka yang berpakaian yang menunjukkan mereka mengamalkan islam sepenuhnya tidak prihatin dan tidak mempunyai sifat kasihan belas kepada warga tua ini. Alangkah kasihan mak cik tu berdiri hampir sejam setengah kerana bas terperangkap dengan kesesakan lalu lintas.  Kelihatan mak cik tu mengurut pinggangnya dan kakinya, agaknya keletihan dan lengguh kaki. 

Tidak ada seorang pun yang berada di depan tu prihatin dan mengasihani mak cik yang malang itu dan membenarkan mak cik tu untuk duduk. Tiada sifat prihatin. Cukup mengecewakan hati ni. Namun hatiku bersyukur dalam pertengahan jalan mak cik tu dapat tempat duduk dek ada penumpang yang turun di pertengahan jalan. Persoalan timbul dalam benakku, orang yang tahu dan mungkin belajar akhlak islamiah tidak dapat mempraktikan dalm kehidupan sehaiannya.

BAGAIMANA HORMATI ORANG TUA 

Permasalahan yang timbul dalam golongan pelajar agama ini, mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar di sekolah dalam kehidupan seharian meraka. Di sekolah agama ada subjek akhlak, manakala di sekolah menengah kebangsaan ada subjek pendidikan islam. Namun mereka masih lagi tidak dapat mengunakan ilmu mereka untuk mengahadapi dunia sebenar. 

Yang lebih mengecewakan apabila pelajar yang khusus belajar agama, di sekolah agama, semua subjek dalam bahasa arab, jika ditanya nahu, tasrif semua dpat jawab, tapi adab dan akhlak, masih lagi tidak dapat di jaga dengan baik, masih tidak boleh dijadikan qudwah hasanah. Walaupun tidak ada hadis dan perintah allah bahawa sekiranya kamu melihat orang tua di dalam bas, maka benarkan mereka duduk. Namun allah memerintahkan agar dihormati golongan tua ini. 

Adakah membiarkan orang tua berdiri dalam bas kita orang muda duduk dengan selesa itu dipamggil menghormati orang tua.??? Cube tanya iman kita. 

Di antara yang boleh dilakukan setiap orang terutamanya generasi muda mestilah menghormati golongan tua termasuklah:

1). Apabila berjalan di hadapan mereka sentiasa menunjukkan kesopanan.

2). Jika bertemu dengan mereka sentiasa mendahulukan salam.

3). Meraikan dan memuliakan mereka pada bila-bila masa.

4). Dalam segala hal, kita berusaha mendahulukan mereka.

5). Memberi peluang kepada mereka untuk duduk di tempat yang lebih selesa.

6). Memberi sesuatu yang menyenangkan hati mereka sama ada berbentuk hadiah ataupun cendehati, sebagai mengenang jasa baik yang telah mereka curahkan.

7). Memastikan mereka mempunyai rumah kediaman serta lain-lain keperluan asas yang mereka perlukan.

Justeru itu, aku menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat, praktikkan ilmu yang telah kau pelajari, amalkan dengan hati yang ikhlas agar kita semua memperoleh redha allah taala. Redha allah bukan terletak pada banyak rakaat kita solat, lama sujud kita di sejadah, tetpi amal yang ikhlas yang akan di lihat oleh Allah. Aku berharap juga kepada muslimat-muslimat tu, agar mereka mendapat hidayah dalam perkara ini. Cantiknya pakaian tak bermakna di dalam pun cantik. Sama-sama kita baiki segalanya. Wallahua’lam

Ahad, 7 November 2010

KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Zulhijjah. sungguh cepat masa berlalu tanpa bertoleh kebelakang dan menunggu kita walau sesaat. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit kepada sahabat-sahabat tentang kelebihan dan amalan yang di anjurkan kepada kita untuk melakukan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.. Ramai yang sedia maklum kepada kelebihan 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan tetapi ramai yang kurang maklum kepada kelebihan 10 hari dan malam pertama bulan Zulhijjah. Namun kedua-dua itu mempunyai banyak kelebihannya. Allah memberi sekali lagi kepada umat islam untuk menambahkan lagi amalan ibadahnya tanda kasih syangnya kepada kita. bersyukur kepada Allah. Sebagai seorang shabab pembela agama allah kita semestinya berusaha untuk memperbanyakan amalan kita agar dapat memperoleh kekuatan dalam perjuangan menegakkan syariat islam.

Allah berfirman dalam al-Quran dalam Surah Al-Fajr (terjemahan):
"Demi fajar, dan malam yang sepuluh, " [Al-Fajr 89:1-2].
Kebanyakan ulama' bersetuju bahawa sepuluh malam ini merujuk kepada sepuluh malam pertama Zulhijah. Ibnu Kathir juga telah membenarkan pendapat ini dengan menyatakan: "Ini adalah pendapat yang benar." [Tafsir Ibnu Katsir, 8 / 413]

Ibnu 'Abbas melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berkata,
"Tiada amalan baik yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih unggul dari amalan-amalan yang dilakukan pada bulan zulhijjah."

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Antara amalan yang disarankan ialah :

Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

semoga kita dapat memperbanyakkan amalan kita pada bulan Zulhijjah ini. Yakin lah sekiranya kita berusaha untuk menambahkan amalan ibadah kita kepada allah taala, nescaya allah akan menganugerahkan kita kasih dan sayangNya kepada kita .. SELAMAT BERIBADAH.

rujukan : http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=14&parent=06

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes