Isnin, 3 Januari 2011

Laman Rasmi GAMIS Pusat: Mahasiswa Untuk Malaysia

Satu himpunan yang dirancang oleh solidarity mahasiswa pada 1 januari 2011 berjaya berjalan dengan lancarnya dan dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa di sekitar Malaysia.himpunan mahasiswa 1111(HIMUM )yang dimulakan dengan acara senamrobik dari sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai geng alif ba ta dilihat berbeza dengan himpunan mahasiswa yang diadakan sebelum ini.jika dibandingkan dengan program –program anjuran smm sebelum ini,HIMUM dilihat lebih santai.

“Walaupun konsep himum smm kali ini santai,tapi kami tetap utuh dalam memperjuangakn mahasiswa sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan.konsep program sahaja yang berbeza perjuangan tetap sama”Ujar pengarah program saudara ezuan saad.

Objektif himpunan ini diadakan ialah bagi menghimpunkan mahasiswa sebagai tanda solidariti ,menbuat deklarasi untuk perjuangan mahasiswa 2011, memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa ialah hanya untuk kebaikan Negara Malaysia.

Himpunan yang bertemakan ‘mahasiswa untuk Malaysia’ itu dirasmikan oleh mantan pegerusi solidariti mahasiswa, Saudara Mohd Nazree bin Yunus.

Beliau juga turut menyampaikan anugerah tokoh mahasiswa 2010 kepada saudara Shazni Munir atas sumbangan beliau dalam gerakan mahasiswa.Saudara shazni munir merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Timbalan Presiden GAMIS, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Antara aktiviti yang dilakukan dalam himpunan ini ialah upacara mewarna banner gergasi dan pidato berantai yang disampaikan oleh pemimpin mahasiswa beberapa persatuan seperti saudara ahmad syazwan dan saudari nazirah abu bakar dari GAMIS,saudara hilman idham KAMI,wong swee nee DEMA,kartiges Pemuda Sosialis Malaysia dan saudara faiz ismail dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional dan saudara shazni munir.

Himpunan ini juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia En Sha'ani Abdullah dan beberapa wakil dari badan bukan kerajaan .


Himpunan diakhiri dengan bacaan deklarasi oleh pengerusi majlis politik nasional gamis,saudara ahmad syukri Abdul razak .deklarasi ini mendapat persetujuan semua mahasiswa yang hadir . deklarasi ini menggariskan peranan mahasiswa untuk rakyat,Negara dan mahasiswa sendiri.semoga usaha yang dilakukan ini dapat menyemarakkan kembali semangat mahasiswa.
Laman Rasmi GAMIS Pusat: Mahasiswa Untuk Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes