Rabu, 30 Mac 2011

-Ya Ilahi-




satu nasyid yang boleh dijadikan doa kita kepada Maha Pencipta

tribute for Allah Ya Ilahi oleh Muhammad Husayn

Ya Illahi
Fi Laylatin Minal Layal Lastu Adri Ma'tarani
Zulmatun Taghrumuni Ya Rab

Al-Ardhu Daqat Wassama' Wa Qalbi Ma Arafud Dhiya'
Wad Dam'u Bata Yabki Ya Ilahi 

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Asaytu Waz Zanbu Kabir
Wa Inni Fi Huzni Asir
Muqayyadun Bizanbi Ya Rab

Fahal Yastahiqqu Ya Ilahil Afwa Mujrima
Muqirrun Biz Zunubi Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Antal Lazi Khalaqtani Rahimtani Wa Razaqtani
Dauman Ya Rabbi Qad Kunta Ma'i
Lakinnani Naaitu Anka Nasitu Ma Qad Kana Lak
Wa Sirtu Fi Toriqi Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Wal Yaum Ya Rabbi A'ud Min Zulmatin Khalfal Hudud
Fal Qalbu Munkasirun Wa Torofi Hair

Wa Anal Ghariqu Fala Ara Illa Siwaka Liy Munqiza
La Manja Wa La Manja Illa Anta

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi 

---------------------------------terjemaah:-----------------------------------


Di malam dari malam-malam
Tidakku tahu apa yang menimpaku
Kegelapan menyelubungiku oh Tuhan



Bumi terasa sempit juga langit
Dan hatiku tidak ketahuan cahaya
Dan air mata pasti menangis Ya Ilahi



Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi



Kubermaksiat dan berdosa besar
Dan aku menjadi tawanan kesedihan
Terikat dengan dosa wahai Tuhan



Maka adakah berhak wahai Ilahi
Mengampunkan penjenayah
Yang mengaku dosa-dosa Ya Ilahi



Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi



Engkaulah Yang Menciptaku, Merahmatiku, Memberi Rezekiku,
Setiap masa oh Tuhan, Kau pernah bersamaku



Tetapiku menjauhi diri daripada-Mu
Kulupakan apa yang dahulu milik-Mu
Dan kumengikut jalanku sendiri Ya Ilahi



Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi



Dan hari ini wahai Tuhanku
Aku pulang dari kegelapan luar sempadan
Maka hatiku retak dan mataku bingung



Dan aku tenggelam maka aku tidak nampak sesiapa 
Kecuali Engkau sebagai penyelamatku 
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat kecuali Engkau



Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Selasa, 29 Mac 2011

Nasihat Luqman Penuh Makna

"LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak. Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud. Wasiat dan nasihatnya yang mengandungi falsafah tersirat dan tersurat banyak dijadikan pedoman dan panduan berguna kepada umat manusia.

Luqman pernah berkata kepada anaknya: Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu.

Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati.?

Katanya lagi : Takutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini.

Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia.?

Luqman berkata :Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

Aku sudah rasa kepahitan, tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.

Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang.?

Nasihat lain Luqman yang berguna untuk pedoman dan hidup kita, termasuk :-

Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis ulama dan dengarlah kata-kata hukama (orang yang bijaksana). Hal ini kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

Berkawan dan hampirilah ulama serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka.

Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasakan nikmat itu.

Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.

Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa saja.

Dunia ini bagaikan lautan dalam yang mana sudah ramai diteggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah takwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.

Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.


Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:

Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
Orang yang berani melainkan ketika berperang.
Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada mereka.

Sesungguhnya dunia ini sedikit saja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Sementara, umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:

-Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
-Memuji-muji kawannya apabila berada bersama mereka.
-Gembira jika kawannya ditimpa bala.

Rabu, 16 Mac 2011

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT


Alhamdulillah.. Tanggal 15 Mac 2011 mengikut tahun syamsiah maka cukup lah umur ana 19 tahun.. Sebelum ana mencoretkan lebih jauh, ingin sekali ana  mengucapkan jutaan terima kasih  kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada ana. Hp tak berhenti bunyi mesej “SANAH HELWAH”, yang telepon terus pun ada. Tak kurang jugak dengan FB. Ada yang sempat ana balas, ana balas. Yang tak sempat balas ana mohon dimaafkan. 

Oleh kerana terlampau banyak maka tidak termampu pada ana untuk membalas semua ucapan sahabat-sahabat sekalian. Ana harapkan dengan menulis entry ni, dapat membalas semua ucapan tersebut. Harap boleh dipanjangkan kepada semua sahabat yang mengenali dan yang baru mengenali ana.

Tidak ketinggalan juga yang telah mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan banyak lagi kepada ana. Semoga Allah memakbulkan doa sahabat-sahabat sekalian.

Terima kasih juga yang tak terhingga juga ana ucapkan kepada sahabat-sahabat ana yang sudi memberi hadiah, walaupun dah besar panjang namun masih dapat hadiah juga. Terima kasih sebanyaknya. Terutamanya kepada kakak ana yang tersayang. Dia telah membeli sebutir kek yang cantik dan lazat. Tak lupa kepada ibu tersayang yang masih tak bagi hadiah lagi. Macam mana nak bagi ana duk jauh. Nanti balik kelantan dapat kot. Hehe.

Sebagai peringatan untuk diri ana dan sahabat-sahabat sekalian. Apabila tibanya tarikh ulang tahun kelahiran kita maka ingatlah itu sebenarnya satu isyarat dan peringatan kepada kita bahawa hari mati kita semakin hampir. Umur kita bukan makin bertambah. Tapi makin berkurang. Makin berkurang untuk menemui mati.
Tidak salah kita mahu menyambutnya, tapi cara menyambut itu perlu kita semak dan imbang. Adakah cara kita kita menjerumus kepada maksiat, atau mendekatkan diri kepada Allah. Seharusnya kita sebagai seorang muslim mestilah meletakkan diri kita pada landasan agama.

Ana cukup berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi peringatan kepada ana. Fungsi bersahabat bukan sahaja untuk memuji kehebatan kita, memuji kepetahan dan kecerdikan kita bahkan fungsi sahabat ialah menegur kita ketika kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Dengan teguran itu, kita boleh menjadi seorang mukmin yang berjaya. Berjaya apa? Berjaya dunia dan akhirat.

Semoga Allah meredhai segala amalan kita di dunia ini, sebagai bekalan kita untuk akhirat kelak. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengenali diri ini. Tak pandai ana nak bermada pujangga di sini. Sekadar ayat biasa. Yang penting mesej dan matlamat yang jelas.

Salam perjuangan..
Ezuwan Zailani Ibrahim: 1.41 a.m.



 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes