This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Rabu, 16 Mac 2011
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT
Alhamdulillah.. Tanggal 15 Mac 2011 mengikut tahun syamsiah maka cukup lah umur ana 19 tahun.. Sebelum ana mencoretkan lebih jauh, ingin sekali ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada ana. Hp tak berhenti bunyi mesej “SANAH HELWAH”, yang telepon terus pun ada. Tak kurang jugak dengan FB. Ada yang sempat ana balas, ana balas. Yang tak sempat balas ana mohon dimaafkan.
Oleh kerana terlampau banyak maka tidak termampu pada ana untuk membalas semua ucapan sahabat-sahabat sekalian. Ana harapkan dengan menulis entry ni, dapat membalas semua ucapan tersebut. Harap boleh dipanjangkan kepada semua sahabat yang mengenali dan yang baru mengenali ana.
Tidak ketinggalan juga yang telah mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan banyak lagi kepada ana. Semoga Allah memakbulkan doa sahabat-sahabat sekalian.
Terima kasih juga yang tak terhingga juga ana ucapkan kepada sahabat-sahabat ana yang sudi memberi hadiah, walaupun dah besar panjang namun masih dapat hadiah juga. Terima kasih sebanyaknya. Terutamanya kepada kakak ana yang tersayang. Dia telah membeli sebutir kek yang cantik dan lazat. Tak lupa kepada ibu tersayang yang masih tak bagi hadiah lagi. Macam mana nak bagi ana duk jauh. Nanti balik kelantan dapat kot. Hehe.
Sebagai peringatan untuk diri ana dan sahabat-sahabat sekalian. Apabila tibanya tarikh ulang tahun kelahiran kita maka ingatlah itu sebenarnya satu isyarat dan peringatan kepada kita bahawa hari mati kita semakin hampir. Umur kita bukan makin bertambah. Tapi makin berkurang. Makin berkurang untuk menemui mati.
Tidak salah kita mahu menyambutnya, tapi cara menyambut itu perlu kita semak dan imbang. Adakah cara kita kita menjerumus kepada maksiat, atau mendekatkan diri kepada Allah. Seharusnya kita sebagai seorang muslim mestilah meletakkan diri kita pada landasan agama.
Ana cukup berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi peringatan kepada ana. Fungsi bersahabat bukan sahaja untuk memuji kehebatan kita, memuji kepetahan dan kecerdikan kita bahkan fungsi sahabat ialah menegur kita ketika kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Dengan teguran itu, kita boleh menjadi seorang mukmin yang berjaya. Berjaya apa? Berjaya dunia dan akhirat.
Semoga Allah meredhai segala amalan kita di dunia ini, sebagai bekalan kita untuk akhirat kelak. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengenali diri ini. Tak pandai ana nak bermada pujangga di sini. Sekadar ayat biasa. Yang penting mesej dan matlamat yang jelas.
Salam perjuangan..
Ezuwan Zailani Ibrahim: 1.41 a.m.
Isnin, 3 Januari 2011
Laman Rasmi GAMIS Pusat: Mahasiswa Untuk Malaysia
Satu himpunan yang dirancang oleh solidarity mahasiswa pada 1 januari 2011 berjaya berjalan dengan lancarnya dan dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa di sekitar Malaysia.himpunan mahasiswa 1111(HIMUM )yang dimulakan dengan acara senamrobik dari sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai geng alif ba ta dilihat berbeza dengan himpunan mahasiswa yang diadakan sebelum ini.jika dibandingkan dengan program –program anjuran smm sebelum ini,HIMUM dilihat lebih santai.
Objektif himpunan ini diadakan ialah bagi menghimpunkan mahasiswa sebagai tanda solidariti ,menbuat deklarasi untuk perjuangan mahasiswa 2011, memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa ialah hanya untuk kebaikan Negara Malaysia.
Himpunan yang bertemakan ‘mahasiswa untuk Malaysia’ itu dirasmikan oleh mantan pegerusi solidariti mahasiswa, Saudara Mohd Nazree bin Yunus.
Beliau juga turut menyampaikan anugerah tokoh mahasiswa
Antara aktiviti yang dilakukan dalam himpunan ini ialah upacara mewarna banner gergasi dan pidato berantai yang disampaikan oleh pemimpin mahasiswa beberapa persatuan seperti saudara ahmad syazwan dan saudari nazirah abu bakar dari GAMIS,saudara hilman idham KAMI,wong swee nee DEMA,kartiges Pemuda Sosialis Malaysia dan saudara faiz ismail dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional dan saudara shazni munir.
Himpunan ini juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia En Sha'ani Abdullah dan beberapa wakil dari badan bukan kerajaan .
Himpunan diakhiri dengan bacaan deklarasi oleh pengerusi majlis politik nasional gamis,saudara ahmad syukri Abdul razak .deklarasi ini mendapat persetujuan semua mahasiswa yang hadir . deklarasi ini menggariskan peranan mahasiswa untuk rakyat,Negara dan mahasiswa sendiri.semoga usaha yang dilakukan ini dapat menyemarakkan kembali semangat mahasiswa.
Laman Rasmi GAMIS Pusat: Mahasiswa Untuk Malaysia
Posted in: semasaLaman Rasmi GAMIS Pusat: Kumpulan XPDC Mahasiswa terbesar di Malaysia
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah berjaya mengumpulkan mahasiswa terbesar di Malaysia dalam programnya, XPDC Dakwah sempena kehadiran tahun baru 2011 di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31 Disember 2010 baru-baru ini.

XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat dalam membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat ketika menyambut tahun baru 2011. Program ini telah mendapat sambutan lebih 600 mahasiswa dari pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, USIM, UMP, USM, UKM, UIA Gombak, UKMKL, UM, Darul Quran, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Kolej Lagenda, KUIS, Institut Pendidikan Bangi dan beberapa kampus lain.
Penyelaras program yang juga Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional (MDK), Saudara Ridhuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah bersama-sama dalam program ini yang bermula selepas Maghrib dengan solat hajat, forum dan diikuti XPDC dakwah langsung bertemu dengan golongan sasaran iaitu golongan anak muda disekitar KLCC sehingga ke Bukit Bintang dan berakhir dengan Qiamullai di Masjid As-Syakirin KLCC.
Dalam pada masa yang sama, program ini telah menarik perhatian TV9 untuk membuat liputan untuk dimasukkan dalam rancangan Nasi Lemak, Kopi O yang disiarkan pada hari Sabtu keesokkan padanya. Ini telah menunjukkan program tahunan dakwah tahun baru GAMIS ini telah mendapat perhatian dari media tempatan.Program ini juga telah mendapat reaksi positif dikalangan ibubapa dan juga orang ramai yang telah ditemui. Pelbagai kelakuan yang tidak enak seperti remaja Melayu berpeluk-pelukkan tanpa segan silu, berpakaian yang terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang dapat dilihat di KLCC adalah anak muda dan juga terdapat segelintir pelajar sekolah yang kelihatan di sana.
Acara tahunan yang saban musim ini menjadi medan dakwah yang akan mengembelingkan segala keringat mahasiswa dan anak muda berjiwa merdeka untuk berkongsi erti iman dan Islam bersama reranting umat yang kian rapuh oleh gelojak sosialisasi.
Dalam ucapan pembukaan, Presiden GAMIS, Saudara Syazwan telah mengajak seluruh mahasiswa untuk bersama-sama membantu masyarakat dengan memberi penerangan terutama mengenai masalah seks bebas dikalangan anak muda sehingga berlaku banyakkan pembuangan bayi yang tidak bersalah. Inilah menyebabkan anak muda kita ketandusan akhlak yang baik untuk diwarisi.
Pergerakan bermula dari masjid KLCC dengan edaran risalah dakwah yang berkaitan serta pengenalan kepada adab-adab sosialisasi cara Islam akan dilakukan sekitar medan KLCC dan juga beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, saudara Mohd Yusof Hadhari, Inilah peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yang kian menghujani negara kita. Kita bertanggungjawab untuk membersihkan ‘banjir’ ini agar tidak terus menghayutkan anak-anak muda kita kini dan masa akan datang.

“Saya yakin dengan usaha kita sebegini dapat memberi kesan yang baik pada golongan muda kita khususnya dan masyarakat umum amnya, dalam mengenal adap-adap sosial dalam Islam. Dalam masa yang sama menanamkan rasa malu untuk melakukan dan mendekati maksiat. Mencegah lebih baik dari mengubati”, ujarnya.
Semoga program-program seperti ini mendapat sambutan pada masa-masa akan datang.
Laman Rasmi GAMIS Pusat: Kumpulan XPDC Mahasiswa terbesar di Malaysia
Posted in: semasaJumaat, 31 Disember 2010
Bekas Pelajar Falahiah Bantah Kemasukan Pelajar Perempuan
| KUALA LUMPUR, 29 Dis: Sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Kelantan, membantah kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu pada sesi persekolahan tahun hadapan. Falahiah adalah sebuah sekolah ditubuhkan sejak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978. Ianya sebuah sekolah harian berasrama di Kelantan yang terkenal dengan tradisi kecemerlangannya sebagai sekolah khusus pelajar lelaki di negeri itu. Difahamkan, keputusan sekolah memasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu disebabkan prestasi akademik pelajar yang didakwa jatuh teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun bagi Bantah, mereka menolak alasan itu dan menganggap ianya satu alasan yang melucukan kerana cuba menjadikan pendidikan sebagai 'tikus putih' tanpa kajian terperinci. "Pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan. "Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah," kata mereka. Dalam kenyataan yang turut disiar pada laman Facebook Falahians Bantah, mereka mendakwa keputusan itu juga dibuat secara tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan dari semua pihak dan tanpa persediaan kajian yang terperinci. Ianya termasuk mengenepikan perbincangan dengan pihak Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga tidak mendapat sokongan dari kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu. "Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja. "Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif," kenyataan itu dipetik. Difahamkan, kebanyakan guru tidak sependapat dalam hal ini namun hanya melahirkan protes secara diam. Ini kerana pandangan mereka didakwa telah dikesampingkan dalam beberpa isu sebelum ini. "Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah," kata kenyataan itu lagi. Menurut mereka, keputusan itu juga dibuat ketika ketiadaan beberapa individu utama pengurusan sekolah, dan kini apa yang menjadi tanda tanya adalah berhubung agenda sebenar individu di sebalik keputusan itu. "Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan," kata kenyataan itu lagi. Selain itu, turut dipertikaikan adalah kesediaan infrastruktur sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu termasuk padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan. Namun apa yang lebih dibimbangi, adalah masalah sosial yang akan berlaku di kalangan pelajar apabila keputusan ini dilaksanakan kelak. Harakahdaily turut difahamkan, beberapa kain rentang membantah keputusan sekolah itu juga telah dinaikkan di beberapa tempat tumpuan di sekitar sekolah namun ianya telah dibuang oleh pihak tertentu. Bagaimanapun pihak Bantah mendakwa akan terus memperhebatkan bantahan mereka melalui kenyataan kepada media, internet, Facebook dan pengedaran risalah. Pihak pentadbiran sekolah ketika dihubungi pula mendakwa segala tindakan dan fakta bantahan yang dikemukan kumpulan bekas pelajar itu hanya fitnah. Bagaimanapun, mereka mengakui akan berlaku kemasukan sekurang-kurangnya 100 pelajar perempuan tingkatan satu dan empat pada sesi persekolahan Januari nanti. Bekas pelajar bantah kemasukan pelajar perempuan
|
Posted in: semasaKhamis, 30 Disember 2010
Laman Rasmi GAMIS Pusat: XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)
Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya
SEMUA MAHASISWA SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR
Posted in: semasa


1:44 PG
Kalam Tasbih
