Isnin, 3 Januari 2011

Laman Rasmi GAMIS Pusat: Mahasiswa Untuk Malaysia

Satu himpunan yang dirancang oleh solidarity mahasiswa pada 1 januari 2011 berjaya berjalan dengan lancarnya dan dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa di sekitar Malaysia.himpunan mahasiswa 1111(HIMUM )yang dimulakan dengan acara senamrobik dari sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai geng alif ba ta dilihat berbeza dengan himpunan mahasiswa yang diadakan sebelum ini.jika dibandingkan dengan program –program anjuran smm sebelum ini,HIMUM dilihat lebih santai.

“Walaupun konsep himum smm kali ini santai,tapi kami tetap utuh dalam memperjuangakn mahasiswa sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan.konsep program sahaja yang berbeza perjuangan tetap sama”Ujar pengarah program saudara ezuan saad.

Objektif himpunan ini diadakan ialah bagi menghimpunkan mahasiswa sebagai tanda solidariti ,menbuat deklarasi untuk perjuangan mahasiswa 2011, memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa ialah hanya untuk kebaikan Negara Malaysia.

Himpunan yang bertemakan ‘mahasiswa untuk Malaysia’ itu dirasmikan oleh mantan pegerusi solidariti mahasiswa, Saudara Mohd Nazree bin Yunus.

Beliau juga turut menyampaikan anugerah tokoh mahasiswa 2010 kepada saudara Shazni Munir atas sumbangan beliau dalam gerakan mahasiswa.Saudara shazni munir merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Timbalan Presiden GAMIS, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Antara aktiviti yang dilakukan dalam himpunan ini ialah upacara mewarna banner gergasi dan pidato berantai yang disampaikan oleh pemimpin mahasiswa beberapa persatuan seperti saudara ahmad syazwan dan saudari nazirah abu bakar dari GAMIS,saudara hilman idham KAMI,wong swee nee DEMA,kartiges Pemuda Sosialis Malaysia dan saudara faiz ismail dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional dan saudara shazni munir.

Himpunan ini juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia En Sha'ani Abdullah dan beberapa wakil dari badan bukan kerajaan .


Himpunan diakhiri dengan bacaan deklarasi oleh pengerusi majlis politik nasional gamis,saudara ahmad syukri Abdul razak .deklarasi ini mendapat persetujuan semua mahasiswa yang hadir . deklarasi ini menggariskan peranan mahasiswa untuk rakyat,Negara dan mahasiswa sendiri.semoga usaha yang dilakukan ini dapat menyemarakkan kembali semangat mahasiswa.
Laman Rasmi GAMIS Pusat: Mahasiswa Untuk Malaysia

Laman Rasmi GAMIS Pusat: Kumpulan XPDC Mahasiswa terbesar di Malaysia

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah berjaya mengumpulkan mahasiswa terbesar di Malaysia dalam programnya, XPDC Dakwah sempena kehadiran tahun baru 2011 di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31 Disember 2010 baru-baru ini.


XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat dalam membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat ketika menyambut tahun baru 2011. Program ini telah mendapat sambutan lebih 600 mahasiswa dari pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, USIM, UMP, USM, UKM, UIA Gombak, UKMKL, UM, Darul Quran, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Kolej Lagenda, KUIS, Institut Pendidikan Bangi dan beberapa kampus lain.

Penyelaras program yang juga Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional (MDK), Saudara Ridhuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah bersama-sama dalam program ini yang bermula selepas Maghrib dengan solat hajat, forum dan diikuti XPDC dakwah langsung bertemu dengan golongan sasaran iaitu golongan anak muda disekitar KLCC sehingga ke Bukit Bintang dan berakhir dengan Qiamullai di Masjid As-Syakirin KLCC.

Dalam pada masa yang sama, program ini telah menarik perhatian TV9 untuk membuat liputan untuk dimasukkan dalam rancangan Nasi Lemak, Kopi O yang disiarkan pada hari Sabtu keesokkan padanya. Ini telah menunjukkan program tahunan dakwah tahun baru GAMIS ini telah mendapat perhatian dari media tempatan.

Program ini juga telah mendapat reaksi positif dikalangan ibubapa dan juga orang ramai yang telah ditemui. Pelbagai kelakuan yang tidak enak seperti remaja Melayu berpeluk-pelukkan tanpa segan silu, berpakaian yang terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang dapat dilihat di KLCC adalah anak muda dan juga terdapat segelintir pelajar sekolah yang kelihatan di sana.

Acara tahunan yang saban musim ini menjadi medan dakwah yang akan mengembelingkan segala keringat mahasiswa dan anak muda berjiwa merdeka untuk berkongsi erti iman dan Islam bersama reranting umat yang kian rapuh oleh gelojak sosialisasi.

Dalam ucapan pembukaan, Presiden GAMIS, Saudara Syazwan telah mengajak seluruh mahasiswa untuk bersama-sama membantu masyarakat dengan memberi penerangan terutama mengenai masalah seks bebas dikalangan anak muda sehingga berlaku banyakkan pembuangan bayi yang tidak bersalah. Inilah menyebabkan anak muda kita ketandusan akhlak yang baik untuk diwarisi.

Pergerakan bermula dari masjid KLCC dengan edaran risalah dakwah yang berkaitan serta pengenalan kepada adab-adab sosialisasi cara Islam akan dilakukan sekitar medan KLCC dan juga beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, saudara Mohd Yusof Hadhari, Inilah peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yang kian menghujani negara kita. Kita bertanggungjawab untuk membersihkan ‘banjir’ ini agar tidak terus menghayutkan anak-anak muda kita kini dan masa akan datang.


“Saya yakin dengan usaha kita sebegini dapat memberi kesan yang baik pada golongan muda kita khususnya dan masyarakat umum amnya, dalam mengenal adap-adap sosial dalam Islam. Dalam masa yang sama menanamkan rasa malu untuk melakukan dan mendekati maksiat. Mencegah lebih baik dari mengubati”, ujarnya.

Semoga program-program seperti ini mendapat sambutan pada masa-masa akan datang.
Laman Rasmi GAMIS Pusat: Kumpulan XPDC Mahasiswa terbesar di Malaysia

KEINDAHAN ISLAM

KEINDAHAN ISLAM…

(Dahulu, kini, nanti)



I.

Dahulu…

saat indah zaman nubuwwah

Di kanan iman, di kiri ukhwah

Di tapak… kebersihan hati

Di puncak… kecanggihan teknologi

Lahir ulama yang takutkan Allah

Muncul umara yang cintakan ummah

Islam itu indah… kerana Allah itu indah



Makmurnya watan ketika itu

Bila ditunjangi sikaya yang syukur

Diimbangi oleh simiskin yang sabar

Dilimpahi barakah peniaga yang jujur

Dibantu oleh doa siabid yang makbul

Islam itu indah… kerana Allah itu indah



Lalu keindahan Islam pun kembara

dari Makkah ke Madinah

Menuju Asia, Afrika dan Eropah

Jelajah serata benua

Menaungi seluruh buana

Keadilan, keamanan, kemakmuran dinikmati bersama

Islam itu indah… kerana Allah itu indah



Ketika itu peribadi umat dihias mahmudah

Di asas ‘lil Lah’ padulah keikhlasan

Gerak kerja cekap dan berkesan

Kukuh seluruh sepenuh  itqan

Tiada yang sambil lewa

Tidak ada tempat bagi yang alpa

Seluruh, sepenuh, siap siaga

Islam itu indah… kerana Allah itu indah



II.

Kini…

Marilah kita cipta kembali sejarah

Bukan sekadar mengimbau dan  memuja

Tetapi dengan merancang dan berusaha  

Hidup kita itulah kembaranya

Langkah kita itulah destinasinya

Membina TAQWA dengan yang Esa

Melahirkan AKHLAK sesama manusia

Menjana ITQAN di dalam kerja

Islam itu indah… kerana Allah indah



III.

Nanti…

Pastikan terukir kembali

Keindahan Islam yang sejati

Bukan lagi mimpi, bukan lagi teori

Tapi kenyataan yang hakiki

Bila kerendahan hati  seorang abdillah  

Disepadukan keperkasaan jiwa seorang khalifah

Tunggulah masanya

Ia pasti serlah

Islam itu indah… kerana Allah itu indah






Hidayah Milik Allah

Alhamdulillah dapat lunagkan masa jugak untuk menulis malam ni.. sibuk sikit kebelakangan ni.. maklum lah baru masuk tahun baru.. banyak sikit program..

Belum terlambat agi untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2011M kepada semua pembaca setia blog yang tak seberapa ni.. kita doakan agar tahun baru ni akan lebih baik dari tahun yang lepas.. azam baru atau azam lama mesti di teruskan.. dairy baru pun sudah dibukak dan dirasmikan..

dari segi blaja pun.. insyaallah akan lebih baik.. malam ni aku cume nak berkonsi cerita pada kau semua.. banyak cerita yang inginku kongsikan tapi tak terdaya untuk aku tulis di sini.. 

terdetik untuk menulis cerita atau kisah benar ni kerana aku mempunya sentimen lebih dari cerita-cerita yang lain.. 

Pagi tadi merupakan kuliah pertama aku tahun baru 2011. alhamdulillah lecturer meneruskan pengajaran. ketika dalam kuliah biology, aku berkhayal sedikit apabila pensyarah menceritakan apa yang berlaku dalam darah manusia dan perjalanan darah tersebut.. 

Aku teringat pada suatu kisah seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. 

Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sedikit-dikit.

Jumaat, 31 Disember 2010

Bekas Pelajar Falahiah Bantah Kemasukan Pelajar Perempuan


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Kelantan, membantah kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, pihak yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Bekas Pelajar (Bantah) mendakwa, keputusan pengurusan pihak sekolah tersebut adalah tidak relevan, sekaligus memecah tradisi dan jati diri sekolah itu yang sebelum ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Falahiah adalah sebuah sekolah ditubuhkan sejak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978.

Ianya sebuah sekolah harian berasrama di Kelantan yang terkenal dengan tradisi kecemerlangannya sebagai sekolah khusus pelajar lelaki di negeri itu.

Difahamkan, keputusan sekolah memasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu disebabkan prestasi akademik pelajar yang didakwa jatuh teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun bagi Bantah, mereka menolak alasan itu dan menganggap ianya satu alasan yang melucukan kerana cuba menjadikan pendidikan sebagai 'tikus putih' tanpa kajian terperinci.

"Pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

"Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah," kata mereka.

Dalam kenyataan yang turut disiar pada laman Facebook Falahians Bantah, mereka mendakwa keputusan itu juga dibuat secara tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan dari semua pihak dan tanpa persediaan kajian yang terperinci.

Ianya termasuk mengenepikan perbincangan dengan pihak Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga tidak mendapat sokongan dari kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu.

"Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja.

"Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif," kenyataan itu dipetik.

Difahamkan, kebanyakan guru tidak sependapat dalam hal ini namun hanya melahirkan protes secara diam.

Ini kerana pandangan mereka didakwa telah dikesampingkan dalam beberpa isu sebelum ini.

"Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah," kata kenyataan itu lagi.

Menurut mereka, keputusan itu juga dibuat ketika ketiadaan beberapa individu utama pengurusan sekolah, dan kini apa yang menjadi tanda tanya adalah berhubung agenda sebenar individu di sebalik keputusan itu.

"Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, turut dipertikaikan adalah kesediaan infrastruktur sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu termasuk padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan.

Namun apa yang lebih dibimbangi, adalah masalah sosial yang akan berlaku di kalangan pelajar apabila keputusan ini dilaksanakan kelak.

Harakahdaily turut difahamkan, beberapa kain rentang membantah keputusan sekolah itu juga telah dinaikkan di beberapa tempat tumpuan di sekitar sekolah namun ianya telah dibuang oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun pihak Bantah mendakwa akan terus memperhebatkan bantahan mereka melalui kenyataan kepada media, internet, Facebook dan pengedaran risalah.

Pihak pentadbiran sekolah ketika dihubungi pula mendakwa segala tindakan dan fakta bantahan yang dikemukan kumpulan bekas pelajar itu hanya fitnah.

Bagaimanapun, mereka mengakui akan berlaku kemasukan sekurang-kurangnya 100 pelajar perempuan tingkatan satu dan empat pada sesi persekolahan Januari nanti.

Bekas pelajar bantah kemasukan pelajar perempuan
Harakahdaily   

Khamis, 30 Disember 2010

Laman Rasmi GAMIS Pusat: XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011





XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)

Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya


SEMUA MAHASISWA SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Laman Rasmi GAMIS Pusat: XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011

Jumaat, 24 Disember 2010

ERTI 1 TANGISAN



“ Afiq, anta menangis? Nape anta menangis? Cam anak manja je, mudah menangis. Tak padan ngan tubuh besar menangis.” Kata Faizal sambil mengejek Afiq yang sedang menangis.

“ Ana bukan menagis kerna sakit kena pukul macam budak-budak yang anta maksudkan tu, tapi ana menangis kerana hati ana terpukul dengan sahabat kita yang tidak memberitahu ana tentang kegagalan dia dalam Exam Final dia, yang menyebabkan dia dibuang Universiti” luah Afiq dengan suara yang begitu hiba..

“ Ana juga turut bersedih dengan ujian yang dia hadapi. Dalam tahun ni begitu banyak ujian yang Allah berikan pada dia, sehingga lah dia di buang Universiti. Ana terkilan juga dengan dia, kerana tidak memberitahu ana. Ana tahu dia malu, tapi masalah macam ni kita mestilah berkongsi bersama, ini fungsi kita bersahabat. Susah sama susah, senang sama senang” makin pangjang luahan dia.

Antara dialog lain sal menangis:
“ ah buat ape menangis? Malu la kalau menangis, tak macho la”

Aisyah, kenapa ko menangis? "Aku rindu kat pak we aku la. dah seminggu aku tak jumpa dia."

Farid, kenapa mung tiyok (menangis)? "Aku tiyok sebab aku buleh mumtaz dalam pekso baru nih. mesti mok aku suko.."

Nape hang nangis? "Aku teringat kat sahabt kita yang duk jordan tu, lama tak jumpa ngan dia, dia balik baru pun aku tak sempat jumpa."

Haikal kenapa ko nangis? Aku sakitkan hati mak aku semalam. rasa bersalah la plak. kesian mak aku."

Kenapa Ayah Chik menangis? banyak program semalam, Ayah Chik tido lambat, Ayah Chik tak terbangun solat tahajud semalam"


Ibnu Qayyim berkata terdapat 10 Jenis Tangisan. Iaitu :

  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


53:43



"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm:43
)




Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata  dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa  mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.

Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu  manisdan pohon bunga cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum akan air  mata Adam lalu berkata,

"Manis sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan  tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

 "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tidak di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai  cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang  membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.


Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat  bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah kita lakukan, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan atau menghitamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"?? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a

Aku akan  menangis atas 3 perkara:

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil
   
datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.




Air mata tanda rahmat Tuhan:

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,  dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes