Selasa, 23 November 2010

MUSLIMAT KAH ITU??


Kelmarin aku temankan ma ke kedainya di MPKB sambil nak berkungjung ke EXPO Cheng HO.  Semasa pulang aku berjalan bersama dengan ibuku ke stesen bas Kota Bharu dan menuju ke platform bas ke Pasir puteh. Jam di tangan baru pukul lima. Bas ke Pasir Puteh sudah tiba, tapi pintunya belum dibuka, dan drebar bas juga tidak kelihatan. 

Aku menunggu sambil melihat suasana di sekitar stesen bas itu. Agak sibuk juga, kelihatan kereta bersimpang siur, orang ramai berjalan menuju destinasi masing-masing, tidak kira tua, atau muda. Boleh kata semua peringkat umur ada di stesan bas itu. Namun apa yang menarik perhatianku hari ini ialah, biah atau suasana islam yang wujud di Kota Bharu, sesuai dengan namanya Kota Bharu Bandaraya Islam. Boleh dikatakan majority kaum lelaki berkopiah dan berpakaian sopan dan kaum wanita dengan pakaian yang menutup aurat dengan baik. Hari ni aku tengok ramai yang berjubah, bertudung bulat, berstoking dan ada juga yang berniqab.

 Alhamdulillah dari segi pemakaian boleh dipuji walaupun ada segelintir yang tidak menutup aurat dengan baik, pakai baju ketat dan sendat, menampakkan dua gunungnya yang mereka banggakan (agaknya mereka bangga, sebabtu suka menunjukkan kat orang) maaf kalu terkasar bahasa. Semoga mereka mendapat hidayah dari ALLAH.
Namun ada lagi yang begitu menarik perhatian aku dan agak mendebarkan jiwa seorang lelaki gak. Adalah sekumpulan muslimat yang berpakaian serba hitam dan berniqab hitam yang sedang duduk di bangku menunggu di plat form ke pasir puteh. Hatiku berdetik mungking mereka ingin menaiki bas ke Pasir Puteh gak kot. 

Pintu bas terbuka dan semua penumpang yang mahu ke Pasir Puteh bergegas menaiki bas. Agak ramai jugak. Perkara yang paling aku pantang ialah berebut time nak masuk bas. Fuh paling aku tak suka. Aku membelakangkan diriku membenarkan penumpang lain untuk masuk. Apabila aku masuk, Alhamdulillah ibuku menandakan aku tempat duduk untukku disebelahnya agak kebelakang. Dan sempat juga mata memadang sekumpulan muslimat tadi. Mereka juga memperoleh tempat duduk. Selepas beberapa minit, masuklah dua orang mak cik tua, malangnya semua tempat duduk sudah penuh, aku ingin membenarkannya duduk sebelah ibuku, malangnya aku terlalu jauh dibelakang dan ada dua tiga orang lelaki muda berdiri disebelahku, menghalang untukku bangun. 

Aku berharap ada yang bersimpati untuk membenarkan mak cik-makcik tu duduk. Bas mula bergerak perlahan-lahan dan aku lihat mak cik tu masih lagi berdiri, dan mak cik tu berdiri di tepi budak-budak muslimat yang berpakaian serba hitam dan berniqab tu. Otakku ligat berfikir, mengapa mereka tidak memberi laluan dan membenarkan kepada mak cik yang sudah tua itu untuk duduk di tempatnya. Sedangkan mereka masih muda lagi dan kuat.

 Timbul rasa serba salah dalam diriku kerana tak dapat menolong mak cik tu. Malangnya nasib mak cik tu tak dapat duduk. Mengapa mereka yang berpakaian yang menunjukkan mereka mengamalkan islam sepenuhnya tidak prihatin dan tidak mempunyai sifat kasihan belas kepada warga tua ini. Alangkah kasihan mak cik tu berdiri hampir sejam setengah kerana bas terperangkap dengan kesesakan lalu lintas.  Kelihatan mak cik tu mengurut pinggangnya dan kakinya, agaknya keletihan dan lengguh kaki. 

Tidak ada seorang pun yang berada di depan tu prihatin dan mengasihani mak cik yang malang itu dan membenarkan mak cik tu untuk duduk. Tiada sifat prihatin. Cukup mengecewakan hati ni. Namun hatiku bersyukur dalam pertengahan jalan mak cik tu dapat tempat duduk dek ada penumpang yang turun di pertengahan jalan. Persoalan timbul dalam benakku, orang yang tahu dan mungkin belajar akhlak islamiah tidak dapat mempraktikan dalm kehidupan sehaiannya.

BAGAIMANA HORMATI ORANG TUA 

Permasalahan yang timbul dalam golongan pelajar agama ini, mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar di sekolah dalam kehidupan seharian meraka. Di sekolah agama ada subjek akhlak, manakala di sekolah menengah kebangsaan ada subjek pendidikan islam. Namun mereka masih lagi tidak dapat mengunakan ilmu mereka untuk mengahadapi dunia sebenar. 

Yang lebih mengecewakan apabila pelajar yang khusus belajar agama, di sekolah agama, semua subjek dalam bahasa arab, jika ditanya nahu, tasrif semua dpat jawab, tapi adab dan akhlak, masih lagi tidak dapat di jaga dengan baik, masih tidak boleh dijadikan qudwah hasanah. Walaupun tidak ada hadis dan perintah allah bahawa sekiranya kamu melihat orang tua di dalam bas, maka benarkan mereka duduk. Namun allah memerintahkan agar dihormati golongan tua ini. 

Adakah membiarkan orang tua berdiri dalam bas kita orang muda duduk dengan selesa itu dipamggil menghormati orang tua.??? Cube tanya iman kita. 

Di antara yang boleh dilakukan setiap orang terutamanya generasi muda mestilah menghormati golongan tua termasuklah:

1). Apabila berjalan di hadapan mereka sentiasa menunjukkan kesopanan.

2). Jika bertemu dengan mereka sentiasa mendahulukan salam.

3). Meraikan dan memuliakan mereka pada bila-bila masa.

4). Dalam segala hal, kita berusaha mendahulukan mereka.

5). Memberi peluang kepada mereka untuk duduk di tempat yang lebih selesa.

6). Memberi sesuatu yang menyenangkan hati mereka sama ada berbentuk hadiah ataupun cendehati, sebagai mengenang jasa baik yang telah mereka curahkan.

7). Memastikan mereka mempunyai rumah kediaman serta lain-lain keperluan asas yang mereka perlukan.

Justeru itu, aku menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat, praktikkan ilmu yang telah kau pelajari, amalkan dengan hati yang ikhlas agar kita semua memperoleh redha allah taala. Redha allah bukan terletak pada banyak rakaat kita solat, lama sujud kita di sejadah, tetpi amal yang ikhlas yang akan di lihat oleh Allah. Aku berharap juga kepada muslimat-muslimat tu, agar mereka mendapat hidayah dalam perkara ini. Cantiknya pakaian tak bermakna di dalam pun cantik. Sama-sama kita baiki segalanya. Wallahua’lam

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes