Ahad, 19 Disember 2010

Wasiat Abbas kepada anaknya Abdullah mengenai rahsia.


Wasiat Abbas kepada anaknya Abdullah mengenai rahsia.

Sabda Rsulullah s.a.w bermaksud: “ Apabila datang seorang bercakap sesuatu perkara, setelah orang itu beredar maka perkara yang dicakapkan itu menjadi amanah.”

Amanah itu bererti wajib dijaga dengan sempurna. Hanya perkara yang baik sahaja boleh diceritakan kepada pihak lain, supaya perkara makruf itu kian tersebar serta menaikkan nama baiknya di pandangan masyarakat.

Semetara perkara yang buruk wajib ditutup dan melindungi daripada diketahui umum sebagai amanah.

Dengan cara itu keaibannya tidak diketahui umum dan keburukan tersekat daripada merebak.

Adapun orang yang duduk semajlis dengan kita adalah amanah, semestinya banyak perkara dan hal ehwal peribadinya yang diketahui mengenai kawan semajlis itu.

Justeru mengenai perkara buruk itu mesti dijaga sepenuhnya, melindungi ehwal kawan semajlis hendaklah berlaku secara timbal balik antara mereka.

Seseorang ditanya; bagamanakah menjaga rahsia seseorang sedangkan tidak pernah didengar cerita buruk terbit dari lisannya? Orang itu menjawab: “ Sesungguhnya dadaku adalah kubur bagi rahsia seseorang.”
Seperti kita maklum kubur tidak pernah memuntahkan mayat yang bersemadi didalamnya. Begitu juga apabila seseorang bercakap pelbagai perkara kepadanya.

Hakikatnya dia datang hendak semadikan rahsia diri terkubur rapi di dadanya. Rahsianya pohon dilindungi.

Kerana dia yakin bahawa sahabatnya adalah bilik kebal yang selamat bagi menyimpan rahsianya, sesungguhnya dada bagi orang baik-baik adalah kubur yang selamat bagi segala rahsia.

Untuk mengenali baik buruk seseorang itu, ialah sama ada rahsia kawannya tersimpan rapi atau terbongkar bersepah merata melalui lisannya.

Berkata Saiyidina Abbas kepada Abdullah anaknya: “ Sesungguhnya telah kuperhatikan bahawa Sayidina Umar dalam majlis besar apabila hendak meminta pendapat, seringkali dia mendapatkan kamu lebih dahulu. Oleh itu aku hendak berpesan liama perkara kepadamu:

Pertama, jagan buka rahsia ketua(Umar), kedua apabila berada dimajlisnya jangan sesekali bercerita tentang keburukan orang lain. Ketiga, jangan diketahui yang emgkau pernah berdusta walaupun kepada orang lain. Keempat, jangan sesekali derhaka kepada perintahnya. Kelima, jangan sampai dia tahu yang kamu khianat.”
Seorang alim besar bernama sya’bi ketika mengulas nasihat abbas kepada Abdullah itu, bahawa setiap perkara yang dipesan itu layak di bayar seribu dinar, kerana inilah pesanan yang boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.

Separuh daripada tanggungjawab lidah adalah senyap daripada bertengkar dan bertelagah di setiap perkara diucap oleh kawanmu, ertinya jangan cepat mencelah dan mengangu orang yang sedang bercakap.

Abdullah bin abbas r.a. berkata: “Kamu jangan berbincang dengan orang bodoh(safih), kerana dia hanya akan menyusahkan kamu, apa yang kita kata walaupun baik tidak akan didengarnya, kerana dia tiada kemahiran dalam menilai perkara baik lantaran kesafihannya.

Jangan berbalah dengan orang yang perangai dan tutur kata lemah lembut (halim), kerana dia pun akan marah juga.

Akibatnya akan merugikan kerana kehilangan seorang halim yang sepatutnya menjadi sahabat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “ Sesiapa yang tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna (mubtilun), di akhirat kelak Allah SWT peruntukan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga. Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya dipihak yang benar (muhiqqun), Allah SWT cadangkan baginya sebuah mahligai di bahagian atas syurga.”


Pengajaran mustahak daripada hadis tersebut ialah supaya kita menghindari perbalahan dan pertengkaran. Sebaliknya dianjurkan supaya bersoal jawab sebagai bertukar fikiran dan nasihat, seseorang mengatakan pendapatnya untuk kebaikan bersama.

Tetapi berbatah dan bertegang urat kerana menegakkan benang yang basah, jelas ia tidak disetujui oleh agama. Kerana asas perbalahan ialah meperlekehkan pendapat orang lain disamping hendak menaikkan dirinya.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Meninggalkan perbalahan dalam situasi sedar diri salah (mubtilun) adalah wajib. Allah SWT menjadikan syurga baginya.”


Apabila seseorang sedar dirinya di pihak yang salah, langkah bijak yang perlu diambil ialah senyap untuk elak daripada perbalahan. Sikap tersebut amat terpuji hingga Allah SWT menjanjikan syurga untuknya.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Sesiapa yang mengelak daripada perbalahan sedangkan dirinya dipihak yang benar. Semestinya derita jiwanya lebih parah daripada berdiam diri atas perkara yang salah. Untuknya dibinakan mahligai di puncak syurga.”


Sesungguhnya terlalu menderita jiwa orang yang menahan lidah kerana mengelak daripada perbalahan dan pertengkaran, sedangkan dia di pihak yang benar dan mampu berdebat dengan mengemukan hujah dan dalil.
Justeru beban derita jiwa yang ditanggung itu tidak sia-sia, mampu mengelak daripada berbalah dianggap berjaya menahan sesuatu, meskipun jiwanya parah demi mentaati larangan Allah SWT.

Sebagai imbalan atas kejayaan itu, anugerah Allah SWT iaitu pahala yang banyak dan mahligai mewah dipuncak syurga sedia menantinya diakhirat kelak. Oleh itu elak daripada perbalahan, digalak pula memberi nasihat dengan hujah dan dalil.






sumber

mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes