Isnin, 4 Julai 2011

Seruan untuk ANAK MUDA, dari ANAK MUDA

  Assalamualaikum.  sudah lama saya tidak memanfaatkan ruang blog ini dengan sebaiknya. pertukaran alamat blog dari keringatshabab.blogspot ke kalamtasbih.blogspot cukup menyusahkan diri saya dan follower keringatshabab, membuatkan saya malas nak mempublish namun kali ini  ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian tentang entry sahabat sayakan entri terbaru., suarafata. harap kamu semua mendapat manfaatnya. BERSIH : Seruan untuk ANAK MUDA, dari ANAK MUDA Kalimah fata di dalam Al-Quran, merujuk kepada pemuda perkasa lagi beriman yang menghancur berhala. Dialah Nabi Ibrahim AS! Kata fata itu diguna kaum musyrik, untuk menghina Baginda. "Anak muda!" kata mereka. Allah SWT mengangkat dan memuliakan fata dalam...

Jumaat, 1 Julai 2011

Sajak Guru

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti Guru, kau seorang insan yang teristimewa Baktimu kalahkan bak gunung Everest Jasamu tidak ternilai harganya Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha Kau berkaliber dan berhati mulia Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu Guru, kau seorang yang bersemangat...

Selasa, 17 Mei 2011

ISLAM ITU PRAKTIKAL

Ada yang menganggap bila menyeru 'kembali kepada Quran Sunnah' itu adalah satu benda yang tidak praktikal. Terlalu idealistik untuk dunia hari ini. Teori sahaja. Jawapannya adalah, kita sudah salah sekiranya kita fikir Quran Sunnah itu tidak praktikal. Islam adalah agama yang paling praktikal. Mudah. Tidak membebankan. Bukan hanya ustaz sahaja boleh bersolat, sesiapa yang mengucapkan syahadah pun boleh bersolat. Walaupun membaca al-Fatihah itu wajib dalam solat, tetapi sekiranya orang itu jahil sebab tidak pernah belajar membaca Al-Quran, tetapi mahu bersolat juga, maka tidak mengapa kalau dia tidak baca al-Fatihah pun dalam solatnya. Sama hukumnya dengan individu yang baru kembali kepada Islam. Tetapi, selepas itu dia perlu berusaha untuk...

Rabu, 30 Mac 2011

-Ya Ilahi-

satu nasyid yang boleh dijadikan doa kita kepada Maha Pencipta tribute for Allah Ya Ilahi oleh Muhammad Husayn Ya IllahiFi Laylatin Minal Layal Lastu Adri Ma'taraniZulmatun Taghrumuni Ya Rab Al-Ardhu Daqat Wassama' Wa Qalbi Ma Arafud Dhiya'Wad Dam'u Bata Yabki Ya Ilahi  Ya Ilahi Ya IlahiYa Ilahi Ya Ilahi Asaytu Waz Zanbu KabirWa Inni Fi Huzni AsirMuqayyadun Bizanbi Ya Rab Fahal Yastahiqqu Ya Ilahil Afwa MujrimaMuqirrun Biz Zunubi Ya Ilahi Ya Ilahi Ya IlahiYa Ilahi Ya Ilahi Antal Lazi Khalaqtani Rahimtani Wa RazaqtaniDauman Ya Rabbi Qad Kunta Ma'iLakinnani Naaitu Anka Nasitu Ma Qad Kana LakWa Sirtu Fi Toriqi Ya Ilahi Ya Ilahi Ya IlahiYa Ilahi Ya Ilahi Wal Yaum Ya Rabbi A'ud Min Zulmatin Khalfal HududFal Qalbu Munkasirun Wa Torofi Hair Wa Anal Ghariqu Fala Ara Illa Siwaka Liy MunqizaLa...

Selasa, 29 Mac 2011

Nasihat Luqman Penuh Makna

"LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak. Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud. Wasiat dan nasihatnya yang mengandungi falsafah tersirat dan tersurat banyak dijadikan pedoman dan panduan berguna kepada umat manusia. Luqman pernah berkata kepada anaknya: Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati.? Katanya lagi : Takutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini. Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia.? Luqman...

Rabu, 16 Mac 2011

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT

Alhamdulillah.. Tanggal 15 Mac 2011 mengikut tahun syamsiah maka cukup lah umur ana 19 tahun.. Sebelum ana mencoretkan lebih jauh, ingin sekali ana  mengucapkan jutaan terima kasih  kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada ana. Hp tak berhenti bunyi mesej “SANAH HELWAH”, yang telepon terus pun ada. Tak kurang jugak dengan FB. Ada yang sempat ana balas, ana balas. Yang tak sempat balas ana mohon dimaafkan.  Oleh kerana terlampau banyak maka tidak termampu pada ana untuk membalas semua ucapan sahabat-sahabat sekalian. Ana harapkan dengan menulis entry ni, dapat membalas semua ucapan tersebut. Harap boleh dipanjangkan kepada semua sahabat yang mengenali dan yang baru mengenali ana. Tidak ketinggalan juga...

Ahad, 16 Januari 2011

KISAH KELAKAR SIRI-1

kisah kelakar ni ku hadiahkan buat pembaca sekalian. untuk merehatkan minda dalam kesibukan harian.. Timbang ------------ Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!" Peguam materialistik ----------------------------- Seorang...

Page 1 of 912345Next

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes