Rabu, 16 Mac 2011

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT


Alhamdulillah.. Tanggal 15 Mac 2011 mengikut tahun syamsiah maka cukup lah umur ana 19 tahun.. Sebelum ana mencoretkan lebih jauh, ingin sekali ana  mengucapkan jutaan terima kasih  kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada ana. Hp tak berhenti bunyi mesej “SANAH HELWAH”, yang telepon terus pun ada. Tak kurang jugak dengan FB. Ada yang sempat ana balas, ana balas. Yang tak sempat balas ana mohon dimaafkan. 

Oleh kerana terlampau banyak maka tidak termampu pada ana untuk membalas semua ucapan sahabat-sahabat sekalian. Ana harapkan dengan menulis entry ni, dapat membalas semua ucapan tersebut. Harap boleh dipanjangkan kepada semua sahabat yang mengenali dan yang baru mengenali ana.

Tidak ketinggalan juga yang telah mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan banyak lagi kepada ana. Semoga Allah memakbulkan doa sahabat-sahabat sekalian.

Terima kasih juga yang tak terhingga juga ana ucapkan kepada sahabat-sahabat ana yang sudi memberi hadiah, walaupun dah besar panjang namun masih dapat hadiah juga. Terima kasih sebanyaknya. Terutamanya kepada kakak ana yang tersayang. Dia telah membeli sebutir kek yang cantik dan lazat. Tak lupa kepada ibu tersayang yang masih tak bagi hadiah lagi. Macam mana nak bagi ana duk jauh. Nanti balik kelantan dapat kot. Hehe.

Sebagai peringatan untuk diri ana dan sahabat-sahabat sekalian. Apabila tibanya tarikh ulang tahun kelahiran kita maka ingatlah itu sebenarnya satu isyarat dan peringatan kepada kita bahawa hari mati kita semakin hampir. Umur kita bukan makin bertambah. Tapi makin berkurang. Makin berkurang untuk menemui mati.
Tidak salah kita mahu menyambutnya, tapi cara menyambut itu perlu kita semak dan imbang. Adakah cara kita kita menjerumus kepada maksiat, atau mendekatkan diri kepada Allah. Seharusnya kita sebagai seorang muslim mestilah meletakkan diri kita pada landasan agama.

Ana cukup berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi peringatan kepada ana. Fungsi bersahabat bukan sahaja untuk memuji kehebatan kita, memuji kepetahan dan kecerdikan kita bahkan fungsi sahabat ialah menegur kita ketika kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Dengan teguran itu, kita boleh menjadi seorang mukmin yang berjaya. Berjaya apa? Berjaya dunia dan akhirat.

Semoga Allah meredhai segala amalan kita di dunia ini, sebagai bekalan kita untuk akhirat kelak. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengenali diri ini. Tak pandai ana nak bermada pujangga di sini. Sekadar ayat biasa. Yang penting mesej dan matlamat yang jelas.

Salam perjuangan..
Ezuwan Zailani Ibrahim: 1.41 a.m.



0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes