Rabu, 29 September 2010

Cerita Ayam Berkokok di Subuh Hari.

Sungguh kagum saya pada ciptaan Allah yang maha kuasa. Segala ciptaanNya mesti mempunyai hikmah dan teladan, bukan saje-saje yang tidak mempunyai apa-apa maksud. Subhanallah!!! Ana ingin berkongsi kepada semua pempaca satu peristiwa yang membuatkan saya mengujarkan kalimat  Subhanallah!! dari mulut yang sentiasa melakukan dosa ni. peristiwa itu cukup memberi pengajaran dan teladan kepada saya.

 Pada satu hari, ana tidur di rumah salah seorang sahabat saya di Semerak Kelantan, semasa cuti raya yang lepas. Selepas usai solat sunat sebelum subuh, ana  keluar bersama kawan ana untuk ke masjid yang berdekatan untuk solat subuh berjemaah. Satu peristiwa yang menyentuh sanubari saya apabila melihat seekor ayam yang sedang berkokok. Mungkin untuk kejutkan orang solat subuh kot.. Ayam itu berjalan mendekati sebuah rumah, lalu ia berkokok dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Kokokan ayam itu begitu nyaring. ‘kok kerek kok!!!!’ hampir dua tiga kali ia ulang kalimat keramat itu, malangnya saya tidak paham bahasa ayam. Selepas dari satu rumah, ia bergerak ke rumah sebelah dan terus berkokok. Selepas itu ke rumah sebelah lagi, walaupun rumah tu kelihat gelap, ahli-ahlinya masih tidur kot, tapi ayam tu tidak berputus asa mengejutkan isi rumah untuk beribadat kepadaNYA. Mungkin itu tugasan harian ayam. Ia melakukan tugasan hariannya tanpa pernah jemu dan tanpa diminta dan dibayar upah. Kita hanya tahu makan ayam, tapi tidak peduli tentang hikmat diciptakan ayam. Bukan sebagai makanan halal kepada kita, tapi mempunyai satu maksud dan hikmat yang baik.
“Apabila kamu mendengar ayam jago berkokok (di waktu malam), mintalah anugerah kepada Allah, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keledai meringkik (di waktu malam), mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan, sesungguhnya ia melihat syaitan.”

(HR. Bukhari dengan Fathul Baari 6/350, Muslim 4/2092 no. 2729. Tambahan yang terdapat dalam kurung diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Adabul Mufrad no 1236, lihat silsilah Adabul Mufrad no. 938 dan Silsilah Ahaadist ash-Shahiihah no. 3183. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu.)

Ana terfikir, kenapa ayam berkokok pada waktu subuh. Waktu zohur tak berkokok pulak. Persolaan itu masih lagi tak ada jawapannya. Jika ada sesiapa yang sudi berkongsi, silakan. Namun apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah  malulah kita pada seekor ayam yang tidak mempunyai kesempurnaan seperti kita yang memang diciptakan sebaik-baik makhluk. Akal yang allah anugerahkan kepada kita, tidak kita manfaatkan dengan sebaiknya. Banyak lagi peristiwa yang jika kita alami tentang haiwan ni, bertambah lagi iman sekiranya kita meneladani peristiwa tersebut.
Seperti yang dinyatakan oleh Dawud Warnsby Ali dalam lagunya berjudul Animals Love Quran. Dia menceritakan peristiwa dia dengan ‘chipmunk’, bahawa apabila dia membaca al-quran, ‘chipmunk’ tersebut mendekatinya. Seorang sahabat ana juga ada menceritakan, ketika dia mendekati sebuah kolam ikan di sekolahnya, apabila dia membaca al-Quran, kelihatan semua ikan-ikan mendekatinya. Jelas di sini bahawa haiwan lebih suka mendengar al- Quran daripada kita. Sedangkan kita lebih suka mendengar lagu-lagu jiwang dari mendengar ayat-ayat cinta Allah Taala.
Astagfirullah.. Ya Allah ampunkan dosan kami yang sentiasa leka daripadamu dek terlalu leka mengejar dunia yang fana ini. Kau tunjukilah kami jalan yang lurus yang menuju kepada mu, tidak kira bagaimana kami berada. Kami mahu berlari menuju Mu ya Maha Kuasa.

                                       "bukan ini saje manfaatku untuk manuisa"
video

3 comments:

sir iqbal berkata...

SalamuLlahialaik.. Terima kasih. nice blog. teruskan&istiamah. ikhlas.
~muhasabah

E-ja Sunrise berkata...

Subhanallah..cantik dan unik nya ciptaan Allah...dulu sy tgl dgn org tua sy d kmpg..ayam jntan hutan sering berkokok di blkg umh org tua sy dlm kul 5-6am ..alhamdulillah sy terbangun dan dpt solat sunat...dan skrg pula sy tggl bersama suami sering dgr salakan dan bunyi anjing seiring azan surau dekat apartmnt kami ni berkumandang subuh dan maghrib..sedangkn anjing disini anjing liar dan selalu pnduduk sini halau mereka dgn mercun...dan terbaru bhgn penguat kuasa dh tngkp..tp sy ngn suami tak sure mane bunyi anjing tu dtg lg...sesungguhny Allah Maha Berkuasa..

Unknown berkata...

saya lama mencari sebab kenapa ayam kerap berkokok dirumah saya dlm jam 4.30am....kadang2 sahaja dlm kol 3.30am. berkokok betul2 atas kepala katil saya tidur...ayam berkokok sehingga lah saya bangun. dia akan ke rumah lain setelah saya bangun. Mmg sangat2 bising. Saya anggap sebagai alarm sahaja....sejak alarm ini berbunyi saya mule buat sembahyang tahajud. Perkara bermula sejak umur saya masuk ke level 40an. Kadang2 mmg marah coz waktu sibuk saya selalu blk lewat mlm & tido lewat mlm. Tp saya anggap sahaja ayam ini mgejutkan saya utk subuh...alhamdulillah...sesungguhnya semuanya datang dr yg Esa

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes