Isnin, 4 Julai 2011

Seruan untuk ANAK MUDA, dari ANAK MUDA

  Assalamualaikum.  sudah lama saya tidak memanfaatkan ruang blog ini dengan sebaiknya. pertukaran alamat blog dari keringatshabab.blogspot ke kalamtasbih.blogspot cukup menyusahkan diri saya dan follower keringatshabab, membuatkan saya malas nak mempublish namun kali ini  ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian tentang entry sahabat sayakan entri terbaru., suarafata. harap kamu semua mendapat manfaatnya.

BERSIH : Seruan untuk ANAK MUDA, dari ANAK MUDA

Kalimah fata di dalam Al-Quran, merujuk kepada pemuda perkasa lagi beriman yang menghancur berhala. Dialah Nabi Ibrahim AS! Kata fata itu diguna kaum musyrik, untuk menghina Baginda.

"Anak muda!" kata mereka.

Allah SWT mengangkat dan memuliakan fata dalam kisah pemuda-pemuda Kahfi - surah Al-Kahfi, ayat 13-14.

"Fityah (pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, dikurnia hidayah, diikat kemas hati mereka tatkala mereka bangkit berdiri dan mempertahankan AKIDAH mereka!"

Hari ini, kita mesti jadi FATA! Pemusnah berhala, dan bangkit pertahankan KEBENARAN!

Bezanya, berhala dahulu dalam bentuk patung-patung yang disembah. Hari ini ia jadi sistem kehidupan caca-merba yang mengkultuskan manusia penguasa, menguntungkan kerabat-kerabat mereka dan menjadikan rakyat terbanyak sebagai hamba! Pilihanraya KOTOR, berat sebelah boleh jadi salah satu daripadanya.

Sahabat-sahabat seperjuangan,
9 Julai nanti, kita kumandangkan suara anak muda! Suara FATA!

Kita gegar kuasawan durhaka, yang telinganya 1 lidah 2!

Kita bangkit, bangun berdiri di hadapan mereka. Kita laungkan suara FATA, hingga gegak gempita seluruhnya. Biar sedar kuasawan-kuasawan durjana ini, yang sekian lama menipu rakyat dan bangsa mereka sendiri!

Kita tuntut pilihanraya BERSIH, TELUS dan ADIL!

Pernah, seorang anak muda, sedang menyebar seruan-seruan kebangkitan menerusi internet. Datang polis yang menjadi alat suruhan kerajaan zalim, tanpa banyak bicara membelasah pemuda ini. Syahid beliau, darahnya menjadi saksi dan menyemarak lagi kebangkitan di MESIR!

Muhammad Bouazizi, pemuda yang membakar diri! Syahid! Menjadi pencetus nyalaan revolusi di TUNISIA!

Sahabat-sahabat,
Di Malaysia, tahap perjuangan belum sampai ke tahap itu. Maka tiadalah alasan untuk kita menguzurkan diri daripada hadir sama dalam BERSIH nanti! Kalau sekadar bedilan gas pemedih mata, serta semburan air kimia, dan mungkin satu dua hentakan cota dan rempuhan perisai FRU, jauh benarlah kita daripada pengorbanan dan cabaran sahabat-sahabat pemuda di Mesir, Tunisia dan lainnya.

Saya dapat berita, ada sahabat sebaya dikasari polis kerana memakai t-shirt kuning di dalam LRT dua minggu sebelum himpunan. NAH! Gerun benar mereka kepada kita. Itu baru seorang anak muda. kalau ribuan!? Puluhan ribu atau ratusan ribu!?

Sahabat-sahabat,
Sudah menjadi SunnatuLlah, kezaliman dan kebatilan selamanya takutkan kebenaran. Tinggal lagi kebenaran itu mestilah tersusun dan cukup kuat untuk menumbang lawannya.

Maka sahabat-sahabat sekalian, AYUH, turunlah kita semua! Sahut cabaran ini! Jangan lengah, apatah lagi sengaja menguzurkan diri! Jangan dibiar manusia-manusia penguasa ini terus membuli!

Hari ini, saya mahu tanyakan kalian semua wahai sahabat-sahabat yang sudah memutuskan untuk sekadar jadi PEMERHATI. Sanggup kalian lihat kami dibelasah FRU perusuh-perusuh suruhan kerajaan!?

Saya juga mahu tanyakan kalian yang lebih tua daripada saya. Sanggup kalian lihat kami anak-anak muda dipukul polis semata-mata kerana cinta dan sedarnya kami kepada keadilan!? Sanggup kalian biarkan kami semua dibedil dan disembur bahan kimia?

Sanggupkah kalian semua sekadar menjadi pemerhati luar gelanggang? Apakah tiada barang sedikit, kesedaran dan keberanian dalam hati sanubari itu?

Keluarkan semuanya wahai PEMUDA! Ayuh, bersama kita bawa suara anak muda, kita wakili rakyat marhaen yang sekian lama ditinda, diperkosa hak mereka!

Suara kita suara KERAMAT! Tumbang rejim tirani dengan suara anak muda. Menang ISLAM di tangan anak muda! Kali ini, kita ulangi siri-siri kebangkitan  anak muda ini! InsyaALLAH!

Malulah kalian yang telah memutuskan untuk sekadar menjadi pemerhati! Malulah kalian  wahai mereka yang punya tenaga dan kemampuan, tetapi ketakutan atau lengah untuk bersama kami!

Malulah kalian, yang hanya bergoyang kaki, memuas tembolok sendiri!

Kelak, kami berbangga di hadapan Allah. Keringat kami, tenaga kami menjadi saksi usaha kami untuk bangkit berdiri di hadapan penguasa zalim!

Ayuh! Masih belum terlambat! Buktikan kesedaran dan kefahaman kalian. Buktikan jiwa kalian belum mati, hati kalian masih berfungsi! Tunaikan amanah ini, kewajipan kita untuk sertai BERSIH 2.0!

Pencak anak muda,
Himpun di ibu kota,
Menggegar kuasawan durhaka,
Melakar sejarah negara!

Hadir bukan untuk bertempur,
Namun semangat JUANG membara,
Dibedil tidak undur,
Dipukul tetap MARA!

Turun bukan mencari mati,
Namun SYAHID cita tertinggi,
Pencak anak muda pencak SAKTI,
Berkobar semangat di hati,
Dengan IMAN sebagai inti!

AYUH anak MUDA, cetus BANGKIT-nya ummat ini!!!

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes