Selasa, 17 Mei 2011

ISLAM ITU PRAKTIKAL


Ada yang menganggap bila menyeru 'kembali kepada Quran Sunnah' itu adalah satu benda yang tidak praktikal. Terlalu idealistik untuk dunia hari ini. Teori sahaja.

Jawapannya adalah, kita sudah salah sekiranya kita fikir Quran Sunnah itu tidak praktikal.

Islam adalah agama yang paling praktikal. Mudah. Tidak membebankan. Bukan hanya ustaz sahaja boleh bersolat, sesiapa yang mengucapkan syahadah pun boleh bersolat.

Walaupun membaca al-Fatihah itu wajib dalam solat, tetapi sekiranya orang itu jahil sebab tidak pernah belajar membaca Al-Quran, tetapi mahu bersolat juga, maka tidak mengapa kalau dia tidak baca al-Fatihah pun dalam solatnya. Sama hukumnya dengan individu yang baru kembali kepada Islam. Tetapi, selepas itu dia perlu berusaha untuk belajar membaca Quran dan menghafal surah-surah yang lazim.

Malaikat pernah menyoal Allah dalam hal yang sama. Kenapa dijadikan manusia sebagai khalifah? Sedangkan Malaikat saat dan ketika mengingati Allah. Kenapa tidak malaikat juga dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi?

Kerana itulah nabi-nabi dilantik di kalangan manusia. Kerana apa yang Nabi boleh buat, maka manusia lain pun boleh buat. Melainkan hal mukjizat. Kerna mukjizat para Nabi antaranya berfungsi untuk menangkis ilmu sihir. Dan tidak semua manusia tahu ilmu sihir. Dan Nabi Muhammad saw itulah contoh teladan paling baik dulu, kini dan selamanya.

Dalam Quran ada diingatkan, azab yang berat kepada manusia yang tahu bercakap tapi tak buat. Cakap tak serupa bikin tidak disukai oleh Allah. Maksudnya, kalau dia cakap pasal solat, puasa, zakat dan sebagainya, maka dia selaku pendakwah kena buat juga. Bukan suruh orang lain buat sahaja. Kan itu arahan Allah agar dipratikkan ajaran Islam.

Hal yang sama ditunjukkan oleh Nabi saw. Ada sahabat Nabi tidak mahu tidur dengan isteri, mahu puasa 24 jam, mahu iktikaf di masjid 24 jam. Tapi Nabi saw larang, sebab Nabi saw juga adalah manusia yang makan,minum,bekerja dan hidup bersama isteri dan keluarga.

Apa yang tidak praktikal dalam Islam?

Negara Islam? Ia adalah praktikal. Sebab itu Islam ada ajaran yang menyentuh soal politik dan kepemimpinan negara. Cumanya, ia tidak boleh dipraktikkan, kerana musuh Islam tidak suka Islam itu diamalkan sepenuhnya. Musuh Islam nak buang politik dari ajaran Islam. Konsep Negara Islam jadi teori kerana ia tidak dapat dipraktikkan sebab ia dihalang, bukan kerana sifatnya yang tidak praktikal.

Sistem ekonomi tanpa riba? Ia adalah praktikal. Riba adalah sesuatu yang zalim. Sistem ekonomi tanpa riba boleh membebaskan manusia dari sebarang sistem perhambaan moden. Sistem ekonomi jadi teori, sebab para kapitalis tidak mahu sistem ini dilaksanakan. Tetapi ia boleh dipraktikkan. Perbankan Islam diberikan ruang yang sempit untuk dilaksanakan, tetapi pelaburan dalam institusi kewangan Islam tetapi memberikan keuntungan malah ia semakin berkembang.

Menutup aurat? Ia adalah praktikal.

Kenapa fikir menutup aurat tidak boleh sertai dunia korporat?
Kenapa fikir menutup aurat tidak boleh bersukan?
Kenapa fikir menutup aurat itu tidak professional?

Siapa yang fikir negatif yang tentang penutupan aurat itulah mereka yang menyebarkan sesungguhnya Islam tidak praktikal dalam hal ini. Sebab mereka tak nak tutup aurat. Lalu mereka cuba sebarkan rasa tak nak mereka pada orang lain dengan pelbagai fitnah terhadap Islam. Tak  modenlah. Tak sesuai dengan dunia korporat lah. Tak professional lah. Pelanggan lari lah. Klien takutlah. Sedangkan. persepsi itu datang dari diri sendiri, bukan orang lain. Orang yang tidak mahu menutup aurat, memanglah rasa tidak praktikal bila diseru menutup aurat.

Islam adalah agama praktikal. Sebab itu Islam ada kanun jenayah Islam. Kalau Islam itu agama yang terlalu teori tentang kesempurnaan hidup, maka Islam tidak fikirkan pasal hukuman orang yang buat salah. Sebab bila teori sahaja, maka sudah tentu akan wujud pemikiran nak segalanya sempurna. Tetapi Allah tahu manusia itu tidak sempurna. Lalu Allah turunkan hukuman

Semua orang buat silap. Semua orang ada terlupa. Tidak ada orang yang tahu segala-galanya. Sebab itu hadis nabi sebut:"Sesungguhnya dimaafkan ke atas manusia itu 3 perkara, apabila dia terlupa, apabila dia tersilap dan apabila dia jahil (tidak tahu)"Maksudnya, Islam tidak kata semua Muslim adalah orang yang sempurna, tidak buat dosa. Sebab itu ada dosa pahala dalam Islam. Kalau jadi Muslim terus sempurna, kenapa ada persoalan dosa pahala? Kenapa Allah cipta syurga neraka lagi? Pesuruh Allah dilantik di kalangan manusia. Sebab hanya manusia boleh tiru perbuatan manusia lainnya. Manusia tidak boleh tiru malaikat. Sebab malaikat tidak ada nafsu. Nafsu hanya ada dalam diri manusia. Nabi juga ada nafsu. Sebab itu Nabi juga berkahwin, tidur, makan, minum, berpakaian cantik, bekerja dan sebagainya. Macam kita buat hari ini. Nabi saw juga adalah ahli korporat yang berjaya. Ada sahabat sahabat Nabi saw juga kaya raya.Islam boleh diamalkan oleh semua orang di semua peringkat. Sama ada dia Setiausaha Agung PBB, presiden, perdana menteri, menteri kabinet, multi-bilionaire, pengusaha warung, profesor, cikgu tadika, pengerusi syarikat, buruh kasar, blogger, pembaca weblog, doktor, ustaz, jurutera, arkitek, artis, peguam, tukang cuci bilik air, tukang betulkan kasut, peladang, pakar komputer dan semua jenis orang yang wujud di muka bumi. Saidina Usman hartawan, Saidina Bilal hanyalah hamba. Tetapi keduanya boleh hidup dalam satu sistem Islam. Saidina Abu Bakar orang Arab, Saidina Salman orang Parsi, boleh juga hidup bersama. Sila sebutkan apa yang tidak praktikal? Ia tidak praktikal kerana memang tidak praktikal atau kita tidak mahu atau tidak pernah cuba buat lagi?

Macam Astora Jabat lah - "Bersyukur kerana ulama tidak memerintah." Ini bukan persoalan pemimpin itu bertaraf ulama atau tidak, tetapi persoalan yang mendasar adalah sama ada pemimpin itu mahu ikut Islam atau tidak. Pemimpin bertaraf ulama tetapi tidak mahu ikut dasar Islam pun ditolak.

Siapa yang lancarkan perang terhadap Iraq dan Afghanistan?
Siapa yang mulakan Perang Dunia I & II?
Siapa yang runtuhkan khilafah Islam?
Siapa yang mulakan perang dingin?
Siapa yang sebabkan darurat di Malaya?
Siapa yang halalkan ISA?
Siapa yang serang Vietnam dan Korea?
Siapa yang haramkan kebebasan beragama di
negara-negara seperti di Turki dan Perancis?
Siapa yang pecah-pecahkan negara umat Islam ke bentuk 'nation-state'?
Siapa cipta teori manusia berasal dari beruk?
Siapa yang halalkan homoseksual?
Siapa yang halakan pelacuran?
Siapa yang halalkan arak & judi?
Siapa yang mulakan tragedi 13 Mei 1969?
Siapa yang jatuhkan bom di Hiroshima 1945?
Siapa yang bunuh orang di Palestin?
Siapa yang halalkan fitnah?
Siapa yang halalkan membuka aib orang?
dan lain-lain lagi.

Maka bersyukurlah seperti seruan Astora Jabat. Sebab pemimpin bukan ulama memang suka
mencipta sejarah dunia seperti yang disebutkan diatas.
Benar, pemimpin itu tidak semestinya ulama.

Tetapi golongan lainnya pun seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya pun tidak semua mereka boleh dan layak jadi pemimpin. Kenapa mesti mensasarkan dan memburukkan hanya ulama?
Kata orang bijak pandai:

"It's not your aptitude but your attitude that will
determine your altitude."

Sikap kita yang memandang rendah pada Quran Sunnah itulah yang menyebabkan kita rasa Islam tidak praktikal. Bukan sebab sifat Islam itu sendiri. Cuba berfikir positif terhadap ajaran Islam. Ini hanya mahu cari buruk dan salah yang direka-reka. Yang salah itu bukan ajaran Islam, tetapi sikap orang Islam yang tergelincir dari landasan sebenar. Dalam Islam semua orang sama tarafnya. Tidak ada membezakan sesiapa sahaja. Yang salah itu salah, yang benar itu benar.Yang sempurna adalah Islam,bukan penganutnya. Tapi cara hidup Muslim yang bermasyarakat, akan menampung kelemahan yang wujud
dikalangan individu. Jadi hilangkan buruk sangka terhadap Islam dan janganlah malu untuk belajar dengan orang yang tahu banyak pasal Islam. Belajar Islam tak nak, tapi kondom nak.

1 comments:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes