Ahad, 12 Disember 2010

AL-QURAN ADALAH PANDUAN, PERINGATAN

AL-QURAN ADALAH PANDUAN, PERINGATAN




6:90

90. mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang Yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka Turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran Yang Aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya. (Surah An’am 90)

Al-quran hanyalah peringatan kepada manusia supaya yang sesat mendapat petunjuk, yang lalai dan leka dengan kehidupan duniawi sehingga ada yang lupakan Allah bahkan menentang hokum Allah, kembali sedar dan bertaubat.
Seterusnya allah berfirman lagi,




6:91

91. dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai Dengan penghormatan Yang sebenarnya ketika mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Bertanyalah (kepada kaum Yahudi Yang ingkar itu): "Siapakah Yang menurunkan Kitab (Taurat) Yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, Yang kamu jadikan Dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran Yang terkandung di dalamnya), Yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?" Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", Kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main Dalam kesesatannya.  (Surah An’am 91)

Dalam mentafsirkan ayat ini para ulama’ berselisih pendapat tentang kepada siapakah ayat ini ditujukan secara khusus. Berkata Ibnu Abbas, Mujahid dan Ibnu Khathir bahawa ayat ini ditujukan kepada kaum Quraisy yang kufur dan tidak mempercayai kitab al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh Ibnu Jarir. Bagaimanapun, sesetengah ulama’ yang lain berpendapat ia ditujukan kepada sesetengah golongan daripada penganut Yahudi. Ibnu Kathir mengesahkan bahawa ayat ini diturunkan kepada kaum Qurasy kerana ayat ini diturunkan pada zaman ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah.

Sedangkan orang-orang Yahudi tidak menafikan turunnya kitab-kitab dari langit kepada Nabi-nabi a.s termasuk al-Quranul Karim kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sementara kafir qurasy tidak mempercayai kerasulan Nabi Muhammad s.a.w secara total kerana mereka mendakwa baginda s.a.w manusia biasa sama seperti mereka dan manusia lain sebagaimana firman Allah ;


10:2

2. tidaklah patut adanya pada manusia Yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, Dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, Dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan kepada orang-orang Yang beriman, Bahawa bagi mereka ada persediaan Yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh Yang mereka kerjakan). (setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita Yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir Yang terang nyata." (Surah Yunus: 2)

Sebagaimana juga firman allah yang bermaksud “ dan tiada lah yang menhalang orang-orang musyrik itu daripada beriman ketika dating kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi rasul, sehingga), mereka berkata dengan hairan “ patutkah Allah mengutuskan seorang manusia menjadi Rasul?”

“ katakanlah (wahai Muhammad): “ kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi Rasul,” (surah al-Israk:94-95)
Ini menunjukkan sekirannya malaikat itu boleh bertabiat seperti manusia sehingga jelas dapat memberi pengajaran secara praktikal, tidak menjadi satu kepayahan bagi Allah untuk mengutuskan rasul itu dari kalangan malaikat.

Akan tetapi malaikat tidak boleh bertabiat seperti manusia, makan, minum, berkahwin dan seumpamanya kerana mereka dijadika daripada cahaya sedangkan manusia daripad tanah. Cukup jauh pula tabiat kejadian mereka.

Allah nyatakan di dalam firman-Nya yang bermaksud “ dan tiadalah mereka menghormati, Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata “ Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia.” (Surah An’am 91)

Langsung allah menjawab segala persoalan mereka dengan berfirman seterusnya yang bermaksud, bertanyalah kepada mereka itu (wahai Muhammad): “Siapakah yang menurunkan kitab taurat yang di bawa oleh Nabi Musa a.s sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia? “ (Surah An'am 91)

Yakni soal balas kepada mereka yang mepertikaikan al-Quran, wahai Muhammad dengan persoalan :
“ Siapakah yang menurunkan Kitab taurat kepada Nabi Musa a.s?” “sudah pasti Allah yang menurunkan kitab Taurat untuk menjadi petunjuk kepada kaumnya.

Ini bermakna jika Allah boleh menurunkan kitab Turat kepada Nabi Musa a.s, Allah itulah juga yang menurunkan al-Quran kepadaku (Nabi Muhammad s.a.w) untuk tujuan yang sama tetapi ia lebih luas untuk seluruh manusia sehingga hari kiamat. 













Sumber
Tafsir Quran-Tuan Guru Haji Abduk Hadi Awang

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes