Ahad, 12 Disember 2010

KAU LAH ISTERIKU!!

Aku teringat dengan satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat aku ketika di maahad dulu. Kisah itu membuat aku  tersenyum bahagia. Kisah tu ada pengajarannya. Dan pada masa tu timbul rasa membuak-buak nak kahwin, tapi apa kan daya aku masih lagi belum cukup persediaan zahir dan batin.

Aku pun tidak tahu mengapa sahabat aku tu, tetiba je menceritaka kisah itu kepadaku, mungkin ingin berkongsi kepadaku. Ye lah kalau dia tak cerita pada aku tentu aku tidak tahu. Hehe. 

Dan aku pun tak tahu kenapa aku terlintas untuk tulis cerita ni, mungkin aku rindu padanya kot. hasrat untuk berjumpanya tempoh hari, tak dapat ditunaikan. Semoga dia bahagia selalu.

Kisahnya bermula dengan seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah perkasa dilihat. Fuuhh ! Macam Romeo and Juliet.  Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. 

"Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...

 Ketika dia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ..

 " Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya.

 "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, 

"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". 

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku.”

“Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh kenyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

MORALNYA: setiap suami perlu untuk menerima isterinya seadanya dan isteri perlu menerima suami seadanya. Tiada manusia yang sempurna di dunia ni, tapi adakah kita terus dengan berfikir yang kita tidak sempurna tanpa memikirkan jalan untuk jadi sempurna. Berusaha untuk jadi sempurna, tapi tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk sempurna, kerna kita hanya seorang hamba yang hina di sisi Allah. Hidup berpasangan mestilah saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kurang ditampal dan diatasi dengan cara berpakat. Ah malas nak ulas banyak-banyak. Pandai-pandai lah korang simpulkan. Aku tahu korang yang baca ni semua yang bijak-bijak. Gunalah akal yang Allah anugerahkan tu dengan sebaiknya,


ni kakanda ku kahwin
Waallahualam.



6 comments:

god servant berkata...

human not perfect..

Keringat Shabab berkata...

but try to be a perfect..

god servant berkata...

yup..we can try to be the best.. jgn biarkan diri dlm landasan yg sma..change our persnlity

Keringat Shabab berkata...

yes! good idea.

god servant berkata...

dahulukan cinta Allah drpd cinta manusia.. cinta kpd Allah akn mmbawa kta kpd cinta yg hakiki.. jauhilah diri kita dr trpdaya dgn hasutan syaitan yg slalu mnjrumuskan kta ke lmbah yg hina & jauhilah diri drpd fitnah manusia..pringatan brsama ^_^

Keringat Shabab berkata...

syukran. nasihat yang baik...

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes